>Cekodok pisang vs cekodok durian

Julai 27, 2010 at 1:25 am | Dikirim dalam food and beverage, tag | Tinggalkan komen

>.
Salam bahagia & salam ceria,

Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com … meh la join.

Pagi-pagi ni kalian breakfast apa? Pekena cekodok pun sedap jugak kan…

Ini cekodok tag dari Aten.. katanya tag ni kena publish pagi-pagi..

kaedah menjawag tag ini.

1. Sila copy foto cekodok – sudah buat.

2. Sebutan nama penghantar sarapan cekodok – Aten Ummi Hawa

3. Beritahu kenapa sarapan cekodok pisang menjadi pilihan anda – senang nak buat, itupun kalo ade pisang ler.. nostalgik cekodok pisang ni sebab arwah onyang Jenab dulu selalu sangat buat cekedok pisang untuk kami 2 beradik. best pekena dengan air kopi O panas…. 

4. Akhir sekali tag game ini kepada 4 rakan anda yang lain – siapa yang tak buat lagi yaaa.. rasa macam ramai dah buat tag ni, kakyong jer yang selalu lambat buat tag @ menampal award.. mungkin mereka ni belum buat lagi kot…


Dan ini pula sarapan kami semalam. Cekodok durian.

Durian dah 2-3 hari dok dalam tupperware di petiais.. penin gak ehh petiais dah bau durian.. jadi daripada takdak sapa nak makan.. kita buat cekodok pun sedap..

Kaedah nak buat pun senang..
blend aje isi durian (sila buang bijinya yaa) kuantiti ikut sesedap rasa yaa, dengan sedikit tepung gandum & telur 1 biji & sedikit air. Masukkan dalam bekas, kalo adunan nya cair, sila la pandai2 adjust tepung ya.. jangan lupa gula & sedikit garam. Pastu gorenglah macam biasa seperti kaedah menggoreng cekodok. 
Jika adunan nya cair & anda sudah tak dak stok tepung, tak jadi masalah.. gunakan pan @ kuali leper.. buat la ala2 roti jalan.. kalo malas nak menjala, masak la ala2 pancake @ lempeng. 
Cekodok @ lempeng durian sedap di makan macam cekodok pisang juga.. boleh cicah dengan sambal belacan, sambal tumis, sira dengan madu pun sedap, cicah dengan susu pekat pun best… 
p/s
Ruangan iklan sudah berfungsi.. dah ade rakan blog yang sudi letak iklan di kakyong[dot]com yang tak femes ni..
Kalo ade yang teringin.. sila lah, maklumat boleh refer di Ruang Iklan. 

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: