>Benarkah kucing membawa TUAH & Rezeki

Julai 23, 2010 at 12:23 pm | Dikirim dalam anak-anak, we care | Tinggalkan komen

>.
Salam bahagia dan salam ceria,

Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com… meh la join.

Bangun pagi hari ni (jumaat), terdengar bunyi anak kucing.. ingatkan kat rumah sebelah @ di luor pagar.. jadi ibu malas la nak amik port, terus siapkan kerja rumah dan segala yang berkaitan sebelum anak-anak bangun. Pukul 9 pagi tu sempat lah juga jenguk email dan check komen di blog.. sempat juga balas beberapa… huhhh,, beberapa hari ni susah sungguh nak cari ruang masa untuk check blog & BW…. saya tensi bila tak dapat tengok blog & BW… apakah ini tandanya….!!!!

3 budak seksi yang baru bangun tidur dan terus menerpa ke luar rumah.. sangat teruja bila dengar bunyi kucing

Bateri kamera ibu kan dah kong.. tapi sebab en ayah masih juga tak beli yang baru.. maka ibu jemur bateri tu.. jadi dapat lah snap foto-foto ni.. dan dapat lah juga transfer foto ke lappy… saya juga sangat tensi bila takda kamera… bukan apa, bila ada foto, ibu akan ingat apa yang ibu buat pada tarikh-tarikh tertentu.. jadi jika ada sesapa yang cuba nak salahkan ibu akan sesuatu.. sekurang2nya foto2 itu adalah saksi apa yang ibu @ anak-anak buat…  

nampak tak 3 ekor anak kucing tu.. 1 putih & 2 hitam.. kecik sangat lagi.. mata pun belum buka.. 

punyalah jakun anak-anak bertiga orang, sebab 1st time tengok anak kucing… kucing tu jilat-jilat anak dia, fikri dah bising-bising. 

fikri “ibu… kucing tu makan baby dia”
ibu “ibu kucing tu mandikan anak dia la”

kucing pun gigih menyusukan anak dia.. sian mak kucing tu tak bergerak dari situ.. mana lah mak kucing tu nak tinggalkan anak dia… si fikri & anis dah bikin dajal kat anak kucing tu..

Agak2 apa yang fikri & anis dah buat kat anak-anak kucing tu… ???!!

Ibu nak cerita pun seriau.. sebabnya ibu marah betul dengan fikri dan anis.. sebab depa tak mau dengar cakap ibu, ‘jangan kacau baby kucing’… tapi si fikri….

v

|

|

|


|


|


|

|

|

|

|

V

dia rendam anak kucing dalam baldi berisi air… 


anis pulak dia amik sekor anak kucing pastu dia baling ke dalam bekas tayar tu macam dia lempor bola….



Rasa nak tercabut jantung ibu.. mujur la masa fikri buat tu.. terdengar mak kucing mengiauww kuat gaya macam marah.. ibu jenguk ke depan.. tengok dalam baldi 2 ekor anak kucing ke sejukan.. jenuh la ibu g jemur kat tengah panas.. pas tu amik lampin lap kan si anak kucing.. 2 ekor je ibu sempat lap.. sebab yang sekor lagi tu mak dia dah gonggong bawa masuk ke dalam tayar… 
Dan insiden anis baling anak kucing tu pulak masa belah petang, ibu tengah angkat kain di jemuran.. tetiba ternampak anak kucing di tangan dia.. tak sempat nak buka mulut, anis dah campak anak kucing tu ke dalam tayar… adeeyyyy, .. kalo camni lah anak-anak kucing tu dilayan… ntah berapa hari lah hayat nya..
Letih hari ni sebab bagi lesson kat anak-anak bahwa anak-anak kucing tu baby lagi..
“tak boleh pegang-pegang sebab baby cat bukan anak patung”

“tak boleh baling-baling sebab baby cat bukan bola, nanti baby cat sakit”

“tak boleh mandikan baby cat, nanti baby cat sejuk dan sakit.. ibu cat je boleh mandikan baby cat. Ibu cat jilat baby cat, macam tu lah baby cat mandi”

ntah berapa banyak tak boleh la ibunya… yang bolehnya apa…  “BOLEH tengok jer…”

Anis bila kena tegur dan ibu pesan macam-macam. siap muncung & tunjuk perasaan.. tau tau jer dah meraung… en ayah kutil dia… adeyyy, ibu kadang2 tak suka la cara en ayah... 
Petang tu rumah kami jadi tumpuan anak-anak jiran.. si fikri la.. dia siap jaja cerita (walau hanya di balik tembok).. “kat rumah saya ada baby cat”  Maka berduyun-duyun lah anak jiran termasuk mak-mak jiran sekali datang menjengah.
Jiran cakap “kak, murah rezeki kak ni… kucing memang membawa rezeki”
Alhamdulillah, jika begitu lah kata-katanya.. semoga kata-kata itu menjadi doa… Amin.
p/s
Ibu sedang cuba untuk catch up semula rentak berblogging & BW…
dulu ada ruang masa untuk menaip 2,3 entri dalam 1 hari & boleh buat 2 schedule 1 hari..
lately ni, banyak perkara yang membataskan masa untuk berblog…
anyway, terima kasih. nanti ai balas komen2 & cover BW yer…

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: