>Mengintai di balik pintu

Julai 21, 2010 at 1:32 am | Dikirim dalam anak-anak, Fikri, pendidikan awal anak | Tinggalkan komen

>.
Salam bahagia buat semua,

Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com dan Special Giveaway kakyong[dot]com… meh la join.

Foto-foto ni dah lama juga di snap.. cuma ibu yang tak kesempatan untuk UP kan entri ni. Meh la layan, fikri buat apa… dah boleh di harap anak jantan ibu ni.. semoga sampai besor lah rajin macam ni.

snap dari jauh, fikri tak perasan pun…

Lepas maghrib tu ibu dah perasan, koleksi kain baju yang belum berlipat tu macam dah kurang.. mana lah pergi hilangnya.. adeyy.. kalo Anis & Aliya yang punya kerja.. jenuh la nak kena jengah ke bilik tengah & bilik belakang…  rupanya, si jantan ni diam-diam buat projek..

Close-up sket… cehhh buat dek jer bila ibu tanya abang buat apa… bersungguh-sungguh pulak tu..

“Macam ni lah saya lipat seluar saya.. bagus tak saya.. lepas ni ibu saya senang lah.. sebab saya lipat baju seluor saya sendiri” 

Angin dia tengah baik.. dia rajin la tolong lipat kain.. tapi kalo angin malas dia datang.. kalo ibu minta tolong apa pun.. dia selamba jer jawab… ‘saya sibuk main la ibu.. saya nak kemas mainan saya.. ibu lah lipat pakaian saya” 


Please take note : Fikri memang membahasakan diri dia “SAYA” bila bercakap dengan ibu dan ayah… kadang2 dengan Anis & Aliya dia akan bahasakan “mereka”



contoh ayat :
Ibu – “abang.. kakak & baby mana”
fikri – “mereka selongkar almari” “ibu.. mereka tarik ekor kucing” “ibu, mereka cabut daun pokok ibu”

skema tak bahasa anak jantan ku yang 4 tahun 6 bulan ni, yang sangat kepingin ke sekolah tapi ibunya cakap dia cuma boleh sekolah di rumah dulu… kihkihkih…

ini semua adalah pengaruh kartun nikelodeon yang telah dialihkan bahasa & juga pengaruh upin-ipin.. juga pengaruh cerita kapten barble (citer hero Flipina yang dialihbahasa).. semua ni rancangan di TV9.. dihatiku..





note :

semalam, seharian Aliya asyik poo-poo cair (bukan CB), warna hitam & textur macam kanji @ macam poo-poo baby lah… pokoknya poo-poo nya cair & dalam 1-2 jam dia kan poo-poo.. risau betul.. malam tadi sapukan perut dia minyak telon.. alang2 dah sapu perut sapu la sekali belakang dia.. lepas baring2 & BF sambil urut2 belakang, kaki & tangan dia.. baru lah dia nak tidur.. kalo tak asyik nak memerap jer… 

btw, hati ibu ni riso juga.. tak pernah2 dia poo-poo macam tu (masa baby dulu lain lahh) .. adakah kerana lately ni dia kerap minum milo?!!… selera makan masih macam biasa.. tapi kuantiti makan tu agak sedikit… 




Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: