>Bila anak-anak tidur petang.. ibu plak kena berjaga malam

Julai 12, 2010 at 6:02 am | Dikirim dalam anak-anak, Anis | Tinggalkan komen

>.
Salam ceria & salam bahagia,

Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com dan Special Giveaway kakyong[dot]com… meh la join.

Semasa ibu sedang menaip entry ini, jam sudahpun 12.33 pagi, 12 Julai 2010. Anis masih belum dapat melelapkan mata. Aliya & fikri pulak sudah lama beradu melayan mimpi bersama dengan en ayah, sejak jam 11 malam.
Ini lah kes yang selalu buat ibu berjaga malam.. Anis ni bila dia tidur petang, selalu dari jam 4-6 petang.. bila malam memang dia tak leh nak tidur.. kurang-kurang jam 2 pagi baru dia betul-betul akan lena. 

ini adalah foto yang diambil beberapa hari lepas. Tengok jam tu pukul berapa 00:02 = 12.02 tengahmalam..

nak tau apa xtvt Anis untuk memenuhkan masa sebelum dia akan mula mengantuk :

  • layan DVD – tak kira lah magic english ker, a-ba-ta ker.. or mana2 CD kartun pilihan dia.
  • kacau ibu tengah blogging – simply jer dia nak belajor ABC kat starfall
  • ambil kertas conteng-conteng.. pastu suruh ibu lukis
  • 2,3 kali ke toilet.. urusan kecil & besar.. time ni CD (cloth diapers) pun dah 2,3 kali di tukar.
  • minta ibu urut2, picit2 & garu-garu badan dia.. almaklum lah time ni, Anis dengan ibu jer.. kalo siang hari kan kena berebut dengan Aliya
  • minta susu, habis susu, minta milo pulak.. ibu nya layan jer lah.. tapi kalo minta makan, memang ibu tak kasi… 
  • tolong ibu lipat kain (kalo tak sempat lipat sebelah petang, lewat malam la baru ibu lipat kain)
  • cari harta karun (buku/majalah yang ibu punya) kat rak.. pastu berlagak macam dah sekolah.. kalo kita tanya. ‘kakak buat apa tu’ dia dengan best jer jawab “kakak baca buku la ibu“.. bila ibu tanya ‘kakak tau ke baca‘ Anis angguk cam pro jer… hahahaa… anak ooo anak..
Ade jiran cakap, jangan bagi anak tidur petang kalo jadi kes macam ni… hmmm, camno nak elak.. dah kalo siang tadi dari pagi dah kuor rumah, petang baru balik.. mesti lah dia penat.. takkan nak ‘tongkat’ mata anak jangan bagi tidur.
Selalunya bila ibu pun dah tak tahan nak tunggu & layan kerenah dia.. ibu off kan semua lampu & ibu pun masuk tidur sekali. Tetapi, dalam banyak-banyak kes.. walau dah off lampu.. dia akan senyap-senyap keluar bilik dan buat xtvt sendiri.. buka petiais cari air sejuk lah,.. On kan tv lah.. pastu dia akan selongkar tempat simpan DVD untuk cari DVD kartun dia. So untuk kes ON kan tv ni, ibu akan pastikan ibu cabut semua plug..

selalunya Anis ni dia tak nak mengalah.. kadang2 dia melalak kuat-kuat (cuba bayangkan anak melalak di saat kawasan taman sedang sunyi sepi...) kalo kita tak ikut hajat dia nak tengok DVD atau nak ABC di lappy ibu… Ya Allah, sabarkan lah diri ku ni… mau tak mau, layan jugak lah.. tu yang kadang2 BW di awal pagi… bukan sengaja nak BW awal pagi.. heheheee..

Fikri pula memang jarang tidur siang, tapi pernah juga terjadi dia tidur siang.. foto ni antara buktinya.. apa dia buat.??!. sambil2 ON kan DVD dia tolong lap habuk2 kat TV, kat meja, kat lantai.. suka2 dia lah… pastu dia pergi susun barang mainan dia.. nanti dia letih dia masuk lah tidur.. Fikri ni tak risau sangat, sebab dia dah pandai berdikari. Kalo ibu OFF kan semua lampu & ajak masuk tidur, dia ikut jer.. nanti dia layan le diri dia… menyanyi lah, main dengan lori @ kereta dia… lori & kereta pun bawa tidur.. hehehe… 

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: