>Tarikh tutup Contest Tagline kakyong[dot]com dilanjutkan

Julai 5, 2010 at 5:53 am | Dikirim dalam giveaway n contest kakyong[dot]com | Tinggalkan komen

>.
Salam ceria dan salam bahagia untuk semua,

Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com dan Special Giveaway kakyong[dot]com… meh la join.

Dimaklumkan, tarikh tutup contest tagline kakyong[dot]com dilanjutkan ke 31 Julai 2010. Jika sehingga 31 Julai 2010, penyertaan kurang daripada 10 dan kakyong masih belum jumpa tagline yang berkenan di hati.. maka akan dilanjutkan lagi sehingga 31 Ogos 2010. 
Pada yang telah menghantar penyertaan, anda dibenarkan untuk membuat penambahan/ubahsuai.. sekiranya ada/perlu, sila maklumkan pada kakyong sekiranya anda ada membuat penambahan/ubahsuai.. 
dan 1 blog dibenarkan untuk menghantar 2 penyertaan (tambahan syarat baru) tapi mesti dalam entri yang berbeza. 
Misi mencari hadiah juga masih belum berakhir.. risik punya risik, rupanya beg anyaman mengkuang ni ada dijual di Kuala Kangsar.. Dah inform suamiku, harap2 ada lah ruang untuk ke Kuala Kangsar dalam minggu ini atau minggu depan. 
Semalam, kami ke Nagoya.. dapat lah sambar 3 fabric cotton.. orang sangat ramai, nak tunggu assistant sales potong kain pun kan main lama.. anak-anak pulak buat macam rumah sendiri,, lari sana lari sini.. jenuh cari Aliya, selamba jer dia lari2 & main2 di celah2 kain tu.. ibu nya lah yang tensi. 
So amik pengajaran dari situ, lain kali nak cari kain, harus anak2 di eksport ke rumah opah/atoknya. 
Dan satu lagi.. tensi sungguh memilih kain dengan en ayah.. nak ikut pendapat dia jer.. hajat di hati nak beli 4-5 fabric..  teringat 3 tahun lepas, nak pilih kain untuk langsir, sampai 3-4 kali ke nagoya tapi tak jugak beli-beli.. sudahnya, ibu pergi dengan makteh Ani (adik kakyong ni taylor & ada kedai sendiri). Bebas nak memilih bila pergi sendiri, dan lebih mudah sebab ade penasihat (makteh Ani ler).. Lain kali tak leh nak membeli kain dengan en ayah dah.. kena cari alasan untuk pergi sendiri atau dengan adik-adik. Ibu boleh jadi mental-block bila memilih kain dengan en ayah.
Ibu pun tak sure camno nak membeli-belah kain lagi nanti, sebab makteh Ani la ni sibuk bebenor sejak dah buka kedai. Berita baiknya, baru tadi dapat tahu Dekla (adik perempuan kakyong yang 2nd last) sekarang ni kerja di Ria Moda.. huhuuuhh, agak2 ade harapan kot minta dia bawa contoh kain.. tak habis2 mencari kesempatan.
p.s
projek akan datang memang ada kaitan dengan jahit-menjahit.. tapi ibu memang out bab jahitan ni.. tapi banyak berimaginasi apa yang nak dijahit… dulu masa masih di kampus ada lah juga menjahit.. buat baju kurung, tapi jahit senget benget.. kenangan yang ada hanya selimut tampal.. dah 10 tahun, masih lagi berbakti selimut tu.. 

btw, ibu dah jumpa beberapa blog yang boleh dijadikan sifu @ sumber inspirasi. tunggu jer lah nanti, kalo misi berjaya.. ibu akan tayang hasil kerja.. kalo tak berjaya pun ibu akan tunjuk juga.. hehehehe.. bukannya apa, jika ditayang misi tak berjaya tu, sekurang2nya di masa akan datang ibu tahu ibu pernah mencuba. Apa-apa pun ibu percaya, jika ada kemahuan pasti ada seribu cara.  Cuma sekarang ni ibu dalam proses berusaha untuk membebaskan diri daripada kerja akaun.


Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: