>Rutin saya di pagi hari…

Jun 29, 2010 at 12:09 am | Dikirim dalam anak-anak, kerja, SAHM | Tinggalkan komen

>.
Salam bahagia buat semua,

Ibu bukan blogger tegar yer.. walaupun kalian nampak lately ini setiap hari ada 2 entry, 1 pagi & 1 petang.. tapi sebenarnya, ibu bukan lah menulis di setiap pagi dan petang, juga tidak menulis setiap hari. Ibu ni jenis orang yang bekerja ikut mood, jadi dengan situasi ibu yang dok melepak di rumah dengan anak-anak ni, ibu memang membiasakan diri setiap hari mempunya list senarai kerja yang panjang.. takde lah panjang berkajang-kajang.. tapi penuh lah muka surat buku 3-5.
Ibu juga tidak meletakkan jadual kerja yang tetap untuk setiap jam… saya suka flexible hour.. saya buat apa yang saya suka… errkkkk.. statement apa kah ini.. 
Panjang le plak mukaddimah.. poinnya tak sampai2 juga lagi.. btw, ibu harap kalian akan kenal sedikit peribadi ibu yang simple & kadang ada sedikit malas ini… ni hanya nak citer sebahagian rutin ibu diwaktu pagi.. actually menjawab pertanyaan beberapa kawan blog yang selalu wonder apa yang ibu selalu buat dipagi hari.. sebab penah gak terserempak dengan ibu tengah online di pagi hari… seolah ibu ni macam free jer selalu.. macam best kan dok rumah… rasa macam penah tulis n3 macam ni.. tapi tak jumpa plak.. jadi izin kan lah ibu merapu serba sedikit.
xtvt waktu pagi : jam 6 – 11 pagi
  • biasanya usai solat subuh, jika aliya tidak menunjuk perasaan, ibu akan mop lantai dulu.. ni wajib buat.. kalo tak macam tak sempurna bila lantai tak bermop., kadang2 kalo tak leh nak lelap mata di lewat malam ibu dah siap mop lantai.. sekali lagi diingatkan.. saya ini bekerja ikut mood... jika aliya meragam nak nenen.. jadi ibu pun baring2 nenenkan aliya sambil sambung buat taik mata… 
  • basuh pinggan dan kemas dapur – ini pun selalunya malam ibu dah selesaikan.. cuma pagi2 just kutip cawan2 yang minum malam tadi.. tapi bila takde mood buat di malam hari jadi kerja membasuh ibu buat le seawal pagi.. area sinki adalah area yang ibu sentiasa pastikan bersih.. nak kata kemas tu tak le juga.. tp bila dapur bersih, sinki clear.. mood nak memasak pun best jer…
  • mesin kain & sidai kain – ibu hanya basuh kain bila besin/bakul kain sudah mencapai tahap melimpah.. tapi 1 hari at least mesin basuh akan bekerja 1 kali.. sebab cloth diaper (CD) ibu basuh hari-hari.. xtvt memesin kain biasanya ibu buat samada di tengah malam (sidai selepas subuh) atau di awal pagi.. ni semua bergantung kepada kemuatan & kepadatan.. konon2 jimat air, jimat elektrik… 

ni la keadaannya bila suatu hari tu ibu sakit.. sakit kepala, demam, sakit satu badan.., tak larat bangun.. tapi gagahkan juga urus anak-anak.. jadi 2 perkara ni terbiar.. hahaaa… bila sakit masa tu lah terpikir.. alangkah bagus nya kalo ade pembantu, sakit-sakit pun rumah masih kemas dan bersih… 
  • rutin membasuh sarung bantal tilam, comforter selalunya ibu buat antara hari khamis, jumaat @ sabtu.  Bukan lah rajin sangat pun, mujur la mesin basuh tu muat untuk basuh comforter.. jadi memang tiap2 minggu ibu rotate basuh comforter.. kami ade beberapa comforter yang digunakan sebagai tilam anak-anak.. ibu tak kerja hari ahad.. selalunya ahad hari untuk xtvt keluarga.. kadang2 outing, g Ulu Kinta & jalan2 cuci mata ke Ipoh town. kadang2 tak g memana pun,, tapi hari ahad memang x buat kerja2 membasuh.. 
ni foto awal tahun lepas.. recycle jer.. anis masa tu kecik lagi.

  • kesian juga mesin basuh rumah kami tu.. ada hari terpaksa kerja lebih… kadang2 karpet pun ibu cuci dalam nya.. tapi karpet yang kecik la.. kalo besor tu memang antor dobi. Tak berapa suka guna karpet, sebab karpet ni kuat perangkap habuk… tapi disebabkan tikar yang ada tu, dah hampir ‘ranap’ dek tangan anak-anak yang suka mencungkil, menarik anyaman tikar.. maka sudah banyak lah area yang di selotape dengan tape kelabu & maskin tape… huduh sangat dah rupanya.. malu jer kalo orang datang.. jadi terpaksa lah keluarkan semula karpet..

Orang selalu berpandangan bila dah full time di rumah, pastilah rumah bersih berkilat2.. o-oooo… this is not really apply to me… bersih mungkin lah.. tapi berselerak.. ada area2 tertentu berkali2 di kemas pun akan disepahkan oleh anak-anak.. jadi adakalanya terpaksa memujuk diri ber’tolak-ansur’ dengan suasana berselerak… jika dibandingkan semasa ibu masih bekerja dulu, rumah adalah lebih kemas & teratur.. sebabnya hanya waktu malam sahaja anak-anak di rumah.. jadi kawasan yang akan huru-hara hanya di hall. jadi seawal pagi sebelum pergi kerja @ sebelum tidur malam, ibu dah kemaskan. Sekarang ni, anak-anak dah fulltime di rumah.. maka depa lah RAJA dalam rumah ni.. depa lagi expert cari barang dalam rumah..

onething, anak-anak ni bukan robot yang kita boleh program.. once kita cakap “ok, semua sudah makan, sekarang dok depan tengok CD.. ibu nak work ni” mereka akan duduk diam-diam.. it’s a big NOOOO. By the time mata ibu fokus ke skrin lappy, tak sampai 5 minit, anak-anak dah lari ke bilik belakang… ada yang ke dapur, amik kerusi panjat freeze.. konon2 nak cari ‘çekelet’ .. ada yang panjat meja makan, konon2 nak minum air.. erkkk, kadang2 memang terpaksa angkat rotan… tapi sekarang ni rotan pun anak-anak dah sorok… jadi adalah biasa untuk ibu, sambil buat kerja sambil mulut panggil anak-anak.. kadang2 baru 5 minit mengadap kerja, dah kena check anak-anak buat apa di bilik belakang.. kadang2 dah beri permainan pun, masih depa lari buat xtvt lain.. kadang2 ibu memang boleh jadi ibu yang brutal..

ehhh, dah melencong lah pulak… okeh sambung sket lagi..

  • anak-anak ibu memang bangun lambat.. ade ibu citerkan dalam rutin harian anak-anak. jadi bila Aliya tidak meragam & melekap dipagi hari., ibu akan guna peluang tu untuk online.. mainly menulis.. kalo tak menulis, ibu akan key-in data akaun. sekurang2 nya ibu akan ada masa lebih kurang 1 jam untuk online/buat kerja selain kerja rumah.. tapi sebolehnya ibu cuba tak online sepagi hari.. sebab masa produktif tu lebih baik buat kerja akaun, walau kadang hanya dapat 1/2 jam. 
  • Saya ni memang orang-pagi, sejak sekolah menengah lagi sudah dikenalpasti.. saya akan sangat produktif di pagi hari.. jadi memang sebolehnya nak siapkan banyak kerja di pagi hari. Sebab tu masa kerja dulu, ibu sangat tidak suka jika meeting dibuat disebelah pagi.. ada masa nya meeting = membuang masa. erkkkk.. ni subjektif ya… tapi di syarikat ibu kerja dulu memang begitu lah.. ibu selalu cari excuse untuk keluar waktu dipertengahan meeting.. apa kah..??? oohh.. masa tu saya Akauntan, GM pun tak bantah saya… kahkahkah.. tapi ade head dept lain yg jaki dengan saya…. poin ni takde kena mengena dengan tajuk n3 yer…
  • memasak — bab ni ibu sambung next n3 lah yer…

anda perasan tak.. entry ni hanya repekan semata-mata.. btw, ibu cuba pastikan setiap pagi adalah hari yang kurang sibuk.. sebab sekarang ini (sejak bbrp bulan ni lah), ibu sudah cuba schedulekan supaya kerja2 rumah yang disebut pada diawal disiapkan pada malam @ lewat malam. termasuklah kerja melipat kain.. saya melipat kain hari2 okehh.. aliya akan sentiasa setia membantu ibu melipat kain.

kesimpulannya :

  • ibu menyidai kain di waktu pagi
  • ibu kadang2 tidur lelap dengan aliya selepas subuh
  • ibu kadang2 online di pagi hari, 
  • ibu kadang2 buat kerja akaun di pagi hari
  • ibu kadang2 bersihkan dapur di pagi hari
  • akhir kata, ibu sebolehnya cuba tidak malas membuat kerja rumah.. sebab kalo saya malas, tiada siapa akan bantu saya & segala rancangan untuk 1 hari akan jadi huru-hara.. akhirnya saya akan rasa terdera sebab banyak yang perlu diselesaikan seorang diri… hhikhikkhikk… 
Adakah entri ni membuat anda berasa tidak seronok menjadi SAHM?! atau anda rasa tak sabar2 nak jadi SAHM.. sebab boleh uruskan masa sendiri dengan flexible… semua ni semuanya terletak pada diri kalian.. bekerja di pejabat pun kadang2 kita sendiri perlu memotivasikan diri kita & patuh pada jadual.. sama juga lah di rumah, harus sentiasa motivasikan diri sendiri, harus buat jadual ikut keselesaan sendiri.. walau kadang2 anda rasa down.. down tu okay.. jangan down tak bangun-bangun sudah lah… 

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: