>Semak status halal

Jun 24, 2010 at 6:54 am | Dikirim dalam food and beverage, tips sharing | Tinggalkan komen

>.
Salam bahagia buat semua,

Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com.. meh la join.

Semasa melompat dari blog ke blog, ibu ade terbaca tentang status halal Old Town White Cafe.. maaf tak ingat baca kat mana, sebab ibu lupa nak bookmark kan blog tu.

btw, Ibu dah masuk ke website Old Town White Cafe (OTWC)..  dan dah semak nama syarikat & semak juga di direktori halal JAKIM.. memang tiada rekod..

Actually, ibu pun bukannya fluent @ tahu dengan terperinci hal status halal ni. Kami sekeluarga pun sangat jarang makan di luor, kalau makan di luor pun kami akan lebih kerap berulang ke kedai makan yang kami dah biasa pergi. Tapi bila memikirkan banyak juga barang keperluan Berkenaan status halal ni, apa yang kita boleh buat :

1. Semak sijil pengiktirafan halal di JAKIM

Untuk semak status sijil halal dari Jakim untuk satu-satu syarikat atau satu-satu produk, boleh jengah sini  DIREKTORI HALAL

dan pihak Jakim juga telah menjawab persoalan/aduan,.. boleh semak sini 


Yang ini contoh pencarian yang ibu buat tentang susu Fernleaf.. so ibu jumpa 24 senarai produk Fernleaf yang ada status Halal. Jadi, semak jangan tak semak produk yang kalian guna ada status halal yang diiktiraf atau tidak.

Jika ingin semak produk/restoren/hotel di tempat masing-masing.. sila semak ikut pautan/link Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) masing-masing. Contohnya untuk Perak, boleh semak di link ini. Untuk lebih khusus bagi Daerah Kinta (kawasan sekitar Ipoh dalam radius 20-25 km) boleh semak file ini.

Untuk negeri yang lain, sila explore JAIN negeri masing-masing ya. Ada dalam portal rasmi Halal Malaysia.



2. Kenali badan yang berkaitan dengan HALAL
satu lagi website berkaitan Halal ni ialah HDC – Halal Industries Development Corporation.. jika ada masa, sila lah explore. 
3. Kenali badan2 Islam yang diiktiraf oleh JAKIM

Ini pula senarai badan2 Islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, sila jengah.. boleh save & simpan untuk rujukan. klik sini badan Islam luar negara. Amik la masa untuk study list ni, sambil memorize logo-logo tersebut. 

Rasanya itu ajer lah kot nak ibu nak kongsikan..

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: