>CD pun macam DD juga.. ada jenama, mutu & harga tersendiri

Mei 31, 2010 at 12:42 am | Dikirim dalam cloth diapers | Tinggalkan komen

>.
Salam hari Isnin buat semua..

Hari ini ibu cuba untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan cloth diaper ni.. actually ramai juga yang bertanya soalan-soalan2 ni.

24 May 10, 20:28











suhana shahril: kakyong,ritu ada tgk siaran nasi lemak kopi o,Lunatots promo brgan dia. Nak tanya lah, kenapa ada setgh CD reganya hampir mencecah RM50, ada plak yg jual dlm RM15-25 jer.Ada beza ker?

24 May 10, 20:29











suhana shahril: Dok tgk ada byk jenama dlm pasaran tp rega berbeza2,bole tak dpt penerangan serba ringkas ke kakyong ada tulih n3 psl ni tp ana terlepas pandang

okey, ibu high-lightkan biru-striking  point penting yang ditanya.

Actually, ramai yang bertanya ibu soalan yang sebegini. Jawapan spontan yang boleh ibu beri adalah – macam disposal diapers jugak lah, ade yang murah ade yang mahal.. yang takde jenama @ jenama tesco tentulah murah.. dalam 40 sen jer 1 keping. Jenama macam Mamypoko, Huggies – mahalkan?!! 1 keping boleh jadi RM1++ @ RM2.. sebab apa… tentulah kualiti bahan yang berbeza @ lebih baik & juga sebab jenama. Jenama pun ade harga tau.. boleh diterima ke jawapan ni….??!!!

Ibu ni sebenarnya tak pandai nak ulas dengan terperinci hal ni.. sebab pengalaman ibu dalam bidang cloth-diapers ni baru setahun jagung. Lagipun, ibu hanya guna cloth-diapers yang murah.. (CD yang dijual below RM30 adalah dalam kategori murah, okeh.. semua orang mampu-beli)). Belum pernah lagi mencuba CD yang kategori premium mampu-beli (range harga RM40-50), apatah lagi kategori eksklusif mewah (range harga RM50 keatas). 
Oppss, sila ambil perhatian kategori tu hanya definisi ibu ya.. orang lain punya definisi mungkin berbeza.. tengok poket masing2 lah yer.. Ibu ni kategori ibu-SAHM-yang-masih-berusaha-mengupgradekan-diri-menjadi-WAHM. Jadi, poket ibu masih ‘kempis’.. kalo mencari baju pun, seme di deretan gerai pasar malam lagi.. 
Walaubagaimanapun, ibu cuba untuk memberi sedikit panduan untuk ibu2 yang belum ber’CD’ tetapi berhajat nak ber’CD’ & tak tahu pula nak bermula dari mana. Btw, please ya.. ibu pun masih lagi dalam tahap-belajar pasal CD ni, jadi penerangan ini mungkin tidak lengkap.
1. Ukur poket sendiri.
Dengan bahasa mudahnya, jika anda biasa DD kan anak anda dengan DD berjenama like Huggies @ Mommypoko.. jadi anda mungkin dalam kategori premium mampu-beli atau mungkin juga kategori eksklusif mewah. So, anda takkan berkira untuk berbelanja membeli CD yang berjenama @ nampak eksklusif. 
Jika anda memang jenis kedukut & sangat berhati2 dengan wang yang anda belanjakan, maka mari lah geng dengan ibu.. kita mulakan dengan CD yang mampu-beli dulu. 
2. Buat research tentang cloth diaper.
Macam yang ibu pernah mentioned dalam post/n3 yang INI

Jadi, pada yang baru2 nak menjebakkan diri dengan cloth diaper ni, sila buat kajian @ study @ research terlebih dulu ya.Bukan apa, ada baiknya cari ILMU tu dulu, supaya nanti tidak lah kita berada dalam kumpulan yang ‘suka2 nak ikut2 orang, hanya kerana orang lain berCD, maka kita pun sibuk nak ber’CD’.

Macam mana nak mulakan research?

1. Boleh mulakan dengan mengenali material yang digunakan untuk membuat CD.

2. Kenali jenama CD. Sila juga ambil tahu jenama tertentu datang dari tempat berbeza, jenama murah seperti Coolababy/babyland/Rainbow BB adalah dari negara China, yang mahal2 harga lebih RM50-100 boleh jadi berasal dari negara Eropah/US. 

3. Kenali jenis CD – jenis poket ada yang berbutton & velcro. Ada yang jenis AIO (all-in-one) – insert sudah dijahit sekali. Cuba biasakan dengan term2 CD – button, velcro, AIO ini.

4. Kenali jenis insert, insert pun ada macam2 tau.. link ini mungkin menbantu.. sila klik type of insert
Sila membiasakan diri dengan term seperti mikrofiber, fleece, bamboo, hemp, cotton dsb. 

Bila dah kenal jenis2 CD & jenama.. jadi tentu dah boleh buat keputusan nak guna CD jenama apa.

3. Baca review tentang CD

Review CD ni boleh dalam pelbagai.. mungkin pro & con sesuatu jenama CD. Mungkin juga cara penjagaan, cara untuk menggunakan,  dsb. Anda boleh google jer dengan key-word ‘cloth diapers review’. Macam2 yang kalian akan jumpa, so masing2 dah besor kan, dah jadi mak2 orang.. so sila buat penilaian & judgement sendiri, sambil minta pandangan kawan2 yang sudah otai ber’CD’.

Ibu selalu menjadi 2 orang kawan blog ibu ni sebagai inspirasi.. walau depa berdua ni tak sama kelas/kategori ber’CD’ dengan ibu.. nak tahu lanjut.. sila ke blog ibu2 ni yang kedua2 nya memang hardcore on green-living-parenting… sila klik nama depa ya .. NAD & HANZ..

4. Kenali tempat anda ingin berbelanja

Ada banyak kedai online.. so, sebagai langkah bijak.. buatlah perbandingan harga. Banding harga ikut jenama yang sama tau. Jika ingin bermula dengan jenama Coolababy, maka search kedai online yang jual CD Coolababy. Coolababy pun ade bermacam jenis. Kalian akan jumpa lain kedai, lain harga nya.. walaupun ia jenis yang sama. Kenapa? boleh jadi harga tersebut sudah termasuk harga pos.. boleh jadi juga, empunya kedai mendapat stock pada harga kos yang sedikit mahal. Untuk belian yang berbaloi.. pilih lah belian pakej. 
Untuk menjawab pertanyaan Ana, kenapa ade yang dijual pada harga RM15-25
  • boleh jadi ia adalah CD preloved (sudah pakai, bukan baru)
  • boleh jadi juga ia CD jahitan sendiri yang perlu kepada CD-cover (seluar-getah), sebab dibuat daripada kain flannel/cotton yang kalis air @ boleh bocor.
  • bolej jadi juga CD jenama murah yang empunya kedai online mendapatkannya pada harga kos yang sangat2 murah. eg beli 500 pcs dapat harga dalam belasan ringgit. 

Jika anda masih tak puashati dengan penjelasan ini, sila lah bertanya soalan ya.. nanti ibu cuba jawab.. 

Create your own banner at mybannermaker.com!

akhir kata, jemput lah ke kedai ibu.. 


Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: