>Sejauh mana kita arif tentang pemakanan anak-anak

Mei 25, 2010 at 12:42 am | Dikirim dalam food and beverage, health, parenting | Tinggalkan komen

>.

Salam ceria & semoga berbahagia selalu..

kerjasama makan sama-sama

Ibu actually google pasal tajuk/point lain.. tapi terjumpa artikel tentang pemakanan anak2 di Anakku.my –>Faktor pemakanan anak menjadi pintar. 

Ibu quote kan di sini bahagian yang penting.. mungkin ramai ibu bapa yang dah tahu.. tapi ini untuk peringatan diri ibu sendiri.. almaklumlah kadang2 kerap juga menyediakan makanan segera untuk anak2.. contoh burger, sosej,

Makanan terbahagi kepada dua kategori iaitu makanan neurofilik dan makanan neurotoksik. Makanan neurofilik adalah makanan yang akan merangsang perkembangan otak dan saraf. Manakala makanan neurotoksik adalah makanan yang meracun otak dan saraf.

Makanan neurofilik adalah seperti ikan, kekacang dan kekeras, bijirin, sayuran, buah-buahan, kismis, tamar, kurma, susu dan makanan dari susu, ayam, gula semulajadi (enau), koko atau coklat, belalang kunyit, majerin sayuran, minyak sayuran, beras warna coklat, roti mil penuh, ubi kentang, ubi keledek, madu lebah, daging tanpa lemak, makanan laut yang mengandungi iodin dan telur.

Makanan yang disenaraikan di atas adalah makanan yang boleh mencerdaskan fikiran, menjadikan seseorang itu rajin, mencerdaskan akal, meningkatkan daya fikir, kreatif, menajamkan tumpuan dan ingatan, menghilangkan rasa resah, runsing dan takut, meningkatkan semangat serta menghilangkan bosan.

Sementara makanan neurotoksik adalah seperti aiskrim, air berklorin, cuka, asam, jeruk, biji dan ulam gajus, biskut dan kek, buah pala, kepala ikan, kicap dan garam, gula, kopi dan teh, makanan yang berminyak, belacan, budu, cencaluk, dadah dan makanan segera serta makanan ringan.

Makanan-makanan di atas akan menyebabkan mengantuk, malas, hilang ingatan, lupa dan gangguan emosi. Ini bukanlah bermaksud anda tidak boleh mengambil makanan neurotoksik, tetapi adalah memadai anda mengambilnya dengan jumlah yang sedikit.

ulasan ibu :

1. untuk makanan neurofilik — yang ibu warnakan oren itu belum pernah lagi ibu beri pada anak2.. terutama belalang kunyit. Kalau masa kecik2 dulu selalu la juga adik-adik dok cari belalang kunyit ni.. tapi ibu tak pernah terbuka hati pun nak makan belalang kunyit… tengok orang makan ade lah, tapi diri sendiri… uwaaa, tak rela.. baru tau rupanya belalang kunyit ni antara makanan yang bisa merangsang otak anak ke arah yang positif.. apa lagi.. mak2 ayah, lepas ni balik kampung, bawa la jaring (net macam tangkap rama-rama tu) siap2 ajak anak beriadah sambil cari belalang kunyit.
2. beras warna coklat/beras perang – ibu masa bujang dulu suka makan beras ni.. tapi la ni kalo nak beli, en ayah akan cakap mahal.. lagipun dia tak suka.. en ayah tak suka, tapi beras tu baik khasiatnya… pasni leh la kot pujuk2 beli kampit kecil..

3. Lepas ni harus la dikurangkan belacan dalam resepi nasi goreng.. dikurangkan bukan ditiadakan… huhhh, camana nih, en ayah kalo nasi goreng takdak belacan, jadi macam hilang selera jadinya. Sosej & burger, ni selalunya en ayah beli 1 kali dalam tempoh 2 minggu.. 1 kali beli hanya 1 pack 10 pcs tu.. agak2 kena berhenti terus ka… uhhhh…

4. Kicap — rumah ibu ni kalo takde kicap memang tak sah.. en ayah memang ‘hantu kicap’.. anak2 kurang makan kicap, tapi kalo en ayah yang amik turn suap anak2 makan.. memang ber’kicap’lah.. gulai kari pun berkicap, asam pedas pun berkicap… 

5. Biskut pula memang antara stock yang selalu ada, at least 1 tin 1 bulan. Kami biasa beli biskut jacob, samada high-fiber @ weatmeal. Biskut jacob ni tak manis, tapi termasuk dalam kumpulan neurotoksik jugak ke?… Kadang2 beli juga biskut Marie.. tapi biskut timbang jarang lah beli sebab manis. 

6. Kek memang sangat2 jarang.. tu pasal lah anak2 selalu minta sebab selalu dok nampak dalam iklan tv, tapi ibu selalu buat derk & asyik tangguh jer.. tapi kalo pandai buat kek sendiri, senang lah sket.. buleh adjust sendiri kandungan gula..

7. Kopi & teh –> ni memang minuman harian kat rumah. Selalu pagi2 ibu buat milo untuk Aliya. Anis & fikri pulak selalu request nak Teh.. & fikri pulak selera orang tua, kadang2 tu dia akan request nak minum kopi… kalo tak dilayan maunya ngamuk2..

8. Kismis & tamar – kalo kismis tu selalu beli ‘kismis doa’ tu.. beli kat pasar malam.. Aliya memang suka, Anis & fikri pulak terpengaruh dengan Aliya.. sebab Aliya suka makan, depa pun sama nak berebut.. Tamar/Kurma — kenapa kalo bukan bulan Ramadhan susah sungguh nak cari..??!! Sapa nak tolong jawab… 
Panjang lah bebelan & repekan ibu nih…  supaya kita sama2 dapat didik anak dengan lebih baik & mencari panduan yang bersesuaian dengan pendidikan & pengurusan psikologi anak-anak..boleh saja layari website Ratuhati.com, Anakku sayang dan mungkin ada banyak lagi forum yang ibu sendiri belum explore.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: