>I ‘heart’ EARTH

April 22, 2010 at 4:50 am | Dikirim dalam global support | Tinggalkan komen

>Salam ceria buat semua..

Hari ini 22 April adalah hari BUMI SEDUNIA..

Ibu pun baru tahu.. huuhuuu.. pepagi ni terlintas lak nak ON kan radio buruk kami tu… sebelum berita jam 9 pagi tu, deejay radio Perak FM ade sebut pasal Earth day… ohhooo, tu la ibu baru tahu..

tanya kat diri kita.. apa sumbangan kita kepada bumi, supaya BUMI senyum lebor cam dalam foto ni
Add caption

Ibu hari ni just nak sentuh point “Recycle & waste reduction”

Apa yang ibu2 leh buat untuk kurangkan pembuangan sampah :

1st of all kena tahu sampah dari rumah kita ni terdiri daripada apa?

kalo di rumah ibu ni mainly –

  • balance makanan semalam yang tak habis, samada yang bertaburan di lantai @ lauk yang dah basi
  • kertas2 –> koje anak2 lah ni, habis jer conteng2 terus di’kucai2’kan
  • plastik @ botol plastik @ aluminium paket –> aluminium paket susu anak2, plastik dari rempah kari/kunyit/cili giling, juga plastik bungkusan ikan/sotong barang basah dari pasar, botol minyak masak, pack plastik sabun, botol plastik pencuci pinggan mangkuk & the list goes on.. 
  • apa lagi ya… sampah yg sekali sekala wujud bila mengemas bilik belakang… huhuuu.. habuk & segala macam sampah yg tak leh nak describe… 

Apa yang boleh dibuat : 

  • masak ikut keperluan kapasiti isi rumah –> kalo dah rumah kita hanya ada 3 anak kecik & 2 dewasa, jadi usahlah masak macam nak buat kenduri. 3 pot nasi is just nice, daripada masak sampai sepenuh periuk nasi. Kalo 2 tangkai sayur pak choy cukup utk makan 2 orang, jadi masak lah 2 tangkai jer.. jangan le kerana mengidam, maka dimasak banyak2… 
  • suap anak makan –> sesekala memang bagus juga anak makan sendiri, jadi anak boleh belajar berdikari… tapi bila tengok lebih banyak makanan  yang dimakan dek lantai.. sayanglah pulak kan.. kat rumah ibu ni selalu cakap kat anak2, ‘sian kat nasi tu, nanti dia nangis..’ fikri selalu cakap ‘nanti Tuhan marah kalo buang-buang makanan’… btw, aktiviti menyuap anak makan sebenarnya boleh mengeratkan lagi kasih-sayang.. ajar anak ikut turn & jangan berebut.. sambil tu ibu @ ayah pun leh kenyang sama.. kerja ibu pun senang, 1 pinggan jer untuk dibasuh.
  • Simpan & kitar semula botol2 plastik – botol2 plastik yang guna tu, simpan elok2 setempat. Bila dah banyak leh dijual di pusat kitar semula.. kat tempat ibu ni tak silap RM0.80 untuk 1 kg barangan plastik. murah jer.. tapi bukan RM matlamat kita, yang penting kita ‘antor’ barang2 plastik untuk dikitar semula.
  • sama juga dengan kertas2 & tin aluminium.. simpan & jual le ke pusat kitar semula. Boleh ajar anak2 untuk tidak membuang tin aluminium/tin minuman dalam tong sampah. So far, fikri & anis dia tahu, dia akan kemek2 kan tin tu pastu campak dalam bekas yang ayahnya khaskan untuk tin2 tersebut.  Bebeapa tahun dulu mahal juga harga tin aluminium ni.. hampir RM10 per kg. La ni tak sure lah pulak.. lagipun kami dah jarang beli minuman dalam tin ni.. actually tak nak ajar anak2 minum minuman bergas & manis2 ni.

Add caption

  • kurangkan penggunaan kertas & cawan kertas/polisterin –> selalunya kalo jamuan @ kenduri kecilan, kita akan ambil jalan pintas (malas nak basuh pinggan sebenornya) beli je cawan/pinggan polisterin. So, lepas ni kalo nak buat jamuan, lantik siap2 adik-beradik untuk tolong basuh pinggan mangkuk. 
  • lastly – statement tak malu – IBU sudah ber’Cloth-diaper’.. jadi rumah ibu sekarang ni bebas dari sampah disposable diapers.…  http://www.emocutez.com
nak selamatkan haiwan2 ni.. camno? kome pikirlah sendiri lah yer… 

Actually banyak peranan yang kita boleh lakukan untuk selamatkan BUMI.. tak perlu nak berkempen GAH-GAH.. mula kan hari ini dari rumah kita dulu…http://www.emocutez.com

p/s :
dah banyak hari plan nak tanam pokok pandan & pokok kari… tapi en ayah asyik lupa jer …

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: