>ANis dah diaperless in daytime

Mac 16, 2010 at 4:16 am | Dikirim dalam anak-anak, Anis | Tinggalkan komen

>Salam buat semua kawan2 ibu,

Apa khabar semua.. buat ibu2 yang anak2 sedang bercuti sekolah ni, camner yer jadual @ program anak2.. antor balik kampung ke.. ke ibuayah nyer yang tumpang cuti sekali bawa anak bercuti. Apa2 pun kakyong harap semua nya bahagia selalu disamping anak-anak dan keluarga.

~basikal ni en ayah beli dari kawan nyer.. RM20 jer.. pastu repair tayar, ‘mudguard’ spend hampir rm30.. so altogether rm50. Not bad lah kan.. kalo nak beli baru pun RM100++ ~

Dah lama tak blog tentang Anis. Anis la ni dah pun 2 tahun 7 bulan., berat Anis dah 15 kg.. tp tak tau lah kot naik lagi.. tu timbang masa bulan Feb lepas. hari khamis lepas Anis dah tak mau pakai CD (cloth diaper) di siang hari. Anis dah tak rebut2 Cd dengan Aliya dah. 😀

Anis cakap ” kakak tak mo lampin. kakak pakai war (seluar) jer. kakak pandai. kakak da besor. ” hmmmm, dah pandai plak dia puji diri dia sendiri.

Alhamdulillah, setelah 6 hari diapersless… ade lah 2,3 kali Anis kebocoran.. itu pun masa kat laman. seronok sangat main sampai kebocoran. kalo dok dalam rumah tu, memang Anis akan sendiri ke toilet, nak poo-poo or nak wee-wee.

Ibu tak sure camner ibu2 lain toilet-training kan anak2 kalian. Cara ibu memang slow sket.. tak ikut pun ‘protokol’ supaya check dengan anak setiap 15 minit. Cuma Ibu dah mulakan train ANIS sejak awal Januari lagi.. lama gak kan.. 2 bulan. Itu pun ibu takde lah tanya setiap jam.. kadang2 bila ibu teringat, ibu akan tanya. “kakak nak kencing ke, kalo nak kencing jom g toilet” “kakak kencing dalam lampin ker…” “kakak nak berak ker..”

semasa bulan pertama, Anis kurang beri respond positif.. dia selalu cakap “kakak kecik. kakak nak biyak (berak) pepes (CD lah tu)” Bila ajak g wee-wee kat toilet pun tak mau. Dia asyik cakap dia kecik. dia nak pepes jer.. huhuuuu…

Ibu target at least anis reach 2 tahun 6 bulan, anis dah boleh g toilet sendiri. Meaning dah boleh kawal rasa nak buang air besar & air kecil & ada kemahuan nak ke toilet & tidak lagi buat ‘urusan’ dalam CD.

Bila dah masuk Mar, ibu masih train cam biasa, on & off.. tapi takde lah push dia. Dalam kepala ibu dah set, kalo anis tak berjaya di toilet training pada umur 2 tahun 6 bulan.. at least biarlah sebelum umur 3 tahun.

Alhamdulillah, at last Anis volunteer sendiri untuk tidak ber’CD di siang hari. Malam waktu nak tidur ajer Anis ber’CD.. tapi ade juga waktunya dia minta nak ber’CD, terutama petang hari.. *dah letih dok berulang ke toilet kot* tapi ibu pulak yang cakap kat Anis… “kakak dah besar la.. dah pandai g toilet.. tak yah lampin lah”

2,3 hari ni Anis takde lagi minta nak pakai CD di siang hari.

~ni aksi Anis ber’CD (coolababy button) pada bulan Feb 2010 ~

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: