>Aliya @ 18 months

Februari 1, 2010 at 10:53 am | Dikirim dalam my kids, pendidikan awal anak | Tinggalkan komen

>Salam buat semua kawan ibu,

Salam bulan baru, Februari 2010. Ibu doakan semoga kawan2 ibu ceria2 dan hepi selalu. Insya Allah, mungkin esok atau lusa ibu akan UP kan n3, list kawan2 ibu yang berpeluang untuk memenangi cross-titch bookmark.
Btw, hari ni sila lah layan foto aliya. Aliya genap 18 bulan pada 18 Januari 2010 yang lepas. Berat Aliya masih belum mencecah 10 kg, kalo tengok graf memang sudah mencecah garisan kuning.. tapi doktor kata tak perlu supplement sebab Aliya bukan kurus keding, badan dia berisi cuma kecik jer. Lagipun Aliya memang suka makan, cuma ibu harus pastikan Aliya makan makanan yang lebih berkabohidrat.

bergaya santai dengan baju ditaja dari Singapura. Mekasih shikeen.. memang sweet Aliya melawa dengan baju tu..

Nampak cool jer.. dia tak tahu dia nak kena cucuk.. heheh.. masa doktor nak cucuk tu pun sempat lagi tengok selamba jer…

,

akhirnya berderai juga air mata, doktor pun tak dapat nak pujuk.. owhhh, muka Dr kak Tun nampak separuh jer.. sorry.. Dr Tun Kamsiah ni senior ibu masa di MRSM dulu.. Dr kak tun cakap, Aliya ni nangis manja… lembut mendayu2… (tak macam Anis, memang leh pecah rumah dibuatnya)
Aliya sekarang ni masih lagi nenen ibu.. kalo dia nak nenen, dia selamba jer sebut “t*t*k”.. kalo ibu buat dek, mau dijeritnya kuat2.. tu kalo kat rumah lah. Kalo kuor g jalan @ g rumah opahnya di Ulu Kinta, siap berbisik2 lagi.. *tahu pulak dia malu* La ni rutin nenen ALiya lebih pada waktu malam, kalo siang tu, 2,3 kali jer dia minta nenen. Belah siang, Aliya suka makan, setiap masa minta makan.. dan sibuk main dengan abang & kakak, tu yang kadang2 tak ingat nak nenen.
Aliya juga tak suka disuap, dia lebih suka makan sendiri. Sekarang ni Aliya memang dalam stage yang nak mencuba buat semua perkara sendiri. Nak pakai baju, seluor sendiri. Nak sikat rambut sendiri. Nak amik pinggan makan pun sendiri. Kalo boleh nak tuang air sendiri. Bila ibu tak bagi dia buat sendiri, siap ngamuk2, guling2 lagi.


~aksi makan~

Nampak banyakkan nasi dalam pinggan tu. Sebenarnya ibu yang nak suap Aliya sambil tu ibu pun makan sekali. tapi disebabkan Aliya sudah ngamuk2.. maka, terpaksalah bagi dia makan sendiri. 


~ini pula aksi memasukkan bantal busuk ke dalam sarung bantal~

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: