>Do you think I’m a brutal mommy..?!

Januari 11, 2010 at 3:54 am | Dikirim dalam kerja, my kids, my notes | Tinggalkan komen

>Salam buat semua,

sebelum ibu terus menulis, ibu nak buat satu statement

“Ibu nak minta maaf dengan semua kawan ibu yang rajin jengah blog, yang rajin memeriahkan kotak komen ibu & yang juga rajin sapa & tinggalkan pesan di kotak sembang., kalian memang kawan yang hebat, ibu jer yang masih tak mampu nak bahagikan masa untuk membalas ziarah ke blog kalian. Mohon diampun yer.. Insya Allah, ibu cuba untuk ziarah 1 minggu sekali sekurang2 nya.. uhuukkkk.. tak sempat 😦 “

btw, berbalik kepada topik. 😀

dalam keadaan ibu sekarang ni, dalam usaha untuk siapkan kerja akaun juga buat dikit-dikit kerja cross-stitch, adakalnya ade beberapa perkara yang terpaksa ibu ‘bertahan’ or buat2 dunno or buat2 tak kesah sangat.. walau hakikatnya nak jer stop kerja bila perkara2 ni berlaku.

Sekarang ni ibu masih belum boleh nak jadualkan masa kerja.. maksud ibu macam ni,ibu masih tidak boleh nak tentukan masa bekerja yang tetap contohnya jadual untuk buat kerja akaun dari jam 2 – 4 petang. Apa yang ibu buat sekarang adalah sebaik ibu selesai dengan kerja2 rumah di pagi hari * sapu sampah, mop lantai, lipat kain, sidai kain dan kemas dapur * ibu akan On kan laptop dan ibu akan mulakan aktiviti memasukkan data. Ibu akan setkan target harian contoh 2 buku resit perlu disiapkan, kalo bil2 & invoice2 pula ibu target untuk 2 bulan invoice (2 file) untuk sehari. Walaumacamana keadaan sekalipun, ibu mesti capai target tu.

Jadi, ada masanya anak2 akan tunjuk perasaan (bukan sebab lapar atau apa, tapi memang depa nak merengek minta perhatian). Aliya selalunya akan minta di riba. this is a BIG NOOooo… ibu tak boleh nak buat kerja sebelah tangan semasa membuat data entry. Bila ibu tak layan, dia akan mula peluk2 kaki ibu atau melentok2 kan badannya di peha ibu. Huuuuhhhh… memang sungguh terganggu. Dan suara rengekan pula akan bertukar jadi raungan. Kalo sekali ibu layan lagi, tapi bila dah berkali2 dia buat camtu.. ibu biarkan ajer. Biarlah dia melalak. Ibu brutal kan..!!! Yang magiknya, bila di tv dok tayang iklan yang dia suka, dia boleh stop jap melalak dan sambung semula bila iklan habis. Soooo… Aliya main drama dengan ibu ker….

Selalunya ibu akan stop kerja kalo gangguan nya sampai ke tahap maksimum.. contoh bila Aliya dah mula menghulurkan tangan nak menekan2 keyboard @ tangannya dah mula nak selak2 baju ibu (nak nenen le tu). So normally ibu boleh ngadap kerja pun tak sampai 15 minit untuk 1 sessi. So dalam sehari memang hampir 10 sessi baru ibu dapat capai target harian. Ibu akan hanya berjaga malam pun untuk siapkan selebihnya. Biasanya tak berjaga malam, sebab kalo lewat tidur bangun pagi pun lewat. heheeee.. 😀

begitu juga dengan Anis, dia ni lagi kuat memerap. jadi kalo Aliya dah diam , dia pulak yang akan mencari perhatian. Kadang2 dia sajer jer buka diapers dia, konon2 nak kencing lah.. nak beraklah.. * ada tak ibu beritahu, anis sekarang dalam proses awal toilet training * walhal baru kejap tadi dah ibu bawa dia ke toilet. so ibu normally akan suruh dia kencing dalam diapers jer.. * uhhhh, letih lah ibu, kalo asyik2 nak bawa dia ke toilet jer.. dah tu bila ibu nak buat kerja ni * So untuk buat dia senyap sekejap, at least for next 10 minute ke.. ibu akan bagi dia pensel dan kertas. nanti 5-6 minit ibu jengah lah tengok apa yang dia lukis.. terpaksa buat macam ni..

Fikri pulak suka nak bersembang @ tunjukkan apa yang dia baru bina dari lego.. kadang2 buat helikopter lah, teropong lah, ikan paus lah, kapal terbang lah, aiskrim lah.. sekurang2 ibu mesti beri komen. Selagi ibu tak cakap apa2, selagi itu lah dia akan cakap.. cakap.. cakap.. so layan jer lah.. sebab setakat layan sembang dengan fikri tidak sangat mengganggu tumpuan ibu membuat kerja. cuma gangguan dari Anis & ALiya jer yang memang sangat2 ‘mengusik jiwa’, kalo tak kena gaya memang boleh stress… harus Istighfar banyak2…

Masa paling aman untuk ibu buat kerja adalah bila anak2 tidur petang atau bermain bersama2.. btw sekarang ni anak2 sangat susah nak tidur petang.. depa koje nak main, gaduh, main, makan, main, gaduh.. kadang2 nak pecah rumah bila 3-3 mula berebut mainan. Time tu ibu proceed jer buat kerja.

Apa2 pun ibu cuba positif dalam mengharungi cabaran ni. Maklumlah, semua kerja nak buat.. Kadang2 anis & aliya bila ibu tak layan rengekan, depa akan beralih aktiviti kat dalam bilik… aktiviti punggah-memunggah  kain baju… bila en ayah balik, buat2 lah terkejut… “Ni saper yang buat ni” .. nanti ade lah yang mengaku secara sukarela… “kakak.. baby..” Ibu dah tak larat nak amik port dah..
Ibu pun tak rajin sangat memasak lately, tapi early morning ibu dah masak nasi siap2, dan keluarkan barang2 dr freezer.. so at least by afternoon (12 tengahari or a bit later) ibu dah boleh mula memasak lauk-pauk.. which is normally yang simple2 jer.. yang penting anak2 makan.

So.. what do you think?


Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: