>CD cantik berwarna-warni di rumah ku

Januari 5, 2010 at 5:37 pm | Dikirim dalam cloth diapers, my kids | Tinggalkan komen

>

Salam buat semua kawan ibu,

harap kalian memahami kenapa ibu tak dapat nak update n3 setiap hari. tuntutan masa bersama anak2, kerja2 rumah dan menguruskan kerja akaun serta projek cross-stitch memang menghadkan masa ibu untuk menyiapkan n3 ini.

Alhamdulillah, akhirnya Anis & Aliya dapat juga peluang untuk memakai kain lampin moden (cloth diaper @ CD). actually baru ade 7 helai CD jer. heheheee.. πŸ˜€ *sajer jer nak heboh-heboh. 2 CD ibu beli dari makngah miela dan 5 CD lagi ibu beli dari mamapayish, semuanya jenama coolababy.

Jadi, la ni ibu ada 3 CD velcro, 2 CD button All-in-one (AIO) dan 2 CD button. Ibu prefer CD yang berbutton, sebabnya Aliya susah nak buka. Kalo yang velro @ jenis zap-on ni, suka2 jer Aliya nak tanggalkan CD.

Reaksi anis & aliya kali pertama ber’CD’

nak kata Aliya excited tu tak juga. CD pertama yang Aliya pakai adalah jenis velcro. Dia asyik nak buka dan tanggalkan jer. sekarang ni ibu pakaikan Aliya CD yang button jer. memandangkan stok ade 4 jer, so sehari guna 2 CD.

Anis memang excited sangat nak ber’CD. masa terima parcel dari mamapayish, Anis suka sangat, siap cakap.. “ni kakak munyer.. !!”

btw, ibu hanya beri Anis pakai 1 hari sekali jer, itupun hanya untuk 1 jam sahaja. Anis ni memang kuat ‘membesye’, pada percubaan pertama ibu bagi Anis pakai untuk 2 jam.. banjir sampai basah baju nyer. huhuuuuu… Actually Anis ni dalam proses awal toilet training. Selalu tu kalo pakai disposal diapers (DD) dia akan beritahu bila dia terasa nak buang air kecil. so cepat2 ibu akan bawa ke toilet. Agaknya pakai CD ni selesa kot.. sampai dia tak perasan dia dah buang air. Jadi, en ayah memang tak galakkan Anis ber’CD’.. tapi ibu bagi juga. yer lah kalo lepas mandi pagi tu, dia tengok Aliya ber’CD.. dia plak akan request.. “kakak munyer??!” nanti kalo tak dibagi boleh pecah rumah disebabkan tangisan yang ala-ala meraung tu. huhhhhuuuuu.. mana tahan…

Penjimatan?

Hmmm.. dalam kes anak2 ibu ni.. susah sikit nak cakap. sebab anak2 ibu guna DD tesco jer. Aliya guna DD saiz M 84 pcs yang boleh tahan sehingga 4 minggu. Anis pulak guna saiz L 72 yang hanya bertahan 2 minggu jer. So all in untuk 2 anak dara ibu ni, kami spend lebih kurang RM100 untuk DD. 1 pack DD tesco harga tak sampai RM30. Anis is expected to be diapersless within 4 month, Aliya pulak mungkin another 18 month. So penggunaan DD (penggunaan penuh) untuk masa depan (next 4 bulan utk anis & sehingga Aliya berumur 3 tahun) untuk kedua2 puteri ibu ni adalah dalam anggaran RM1,000 (mengambil kira Aliya akan guna saiz L).

So far ibu telah membelanjakan lebih kurang RM220+- untuk 7 keping CD. Ibu plan supaya ada 20 keping CD. jadi 13 CD lagi dicari, mungkin jenama lain… πŸ˜‰ another 13 CD mungkin perlu belanja dalam anggaran RM400. So total yang perlu dibelanjakan untuk memiliki 20 CD adalah lebih kurang RM600. * kalo boleh, jika ade masa lah.. ibu akan coba untuk cari2 contest yang menghadiahkan CD * Dan penggunaan DD bersulam dengan CD adalah dalam anggaran RM500 (Anis & Aliya). jika dicampur penggunaan DD + CD, kos adalah RM1,100 (RM600 CD + RM500 DD).

actually tak nampak penjimatan kan untuk anak2 yang menggunakan DD tak berjenama nih.. *ohhh.. hal ini tidak boleh sampai ke telinga en ayah… ohhhoooo πŸ˜‰ tapi kenapa yer ibu nak juga ber’CD’.

  • sekurang2nya ibu dah membantu usaha untuk meng’hijau’kan bumi dan mengurangkan sampah DD.
  • ibu suka CD yang berwarna-warni.. lagipun anak2 nampak selesa dengan CD. Anak2 sebelum ni memang tidak alami alahan @ rashes walaupun ibu hanya gunakan DD murahan jer. pokoknya ibu memang suka lah
memang tidak dinafikan bila dah menggunakan CD ni, bertambah lah sket kerja ibu. Tapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan yang besor. takkanlah anak2 ber’CD ibu langsung tak leh buat koje lain.

memandangkan stock yang masih tahap minimakan.. ni ler jadinya dalam usaha supaya Aliya boleh ber’CD setiap hari. sangkut jer kat mana2 yang bleh kena angin.

Ibu sebenarnya dah lama tahu tentang CD ni sebab kawan2 blog ibu macam hanz dan nadnye yang suka buat review pasal CD. Terima kasih ya kawan-kawan. sekarang anak2 ibu pun sudah ber’CD. πŸ˜€

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: