>selamat tinggal 2009

Januari 1, 2010 at 6:43 am | Dikirim dalam kerja, my notes | Tinggalkan komen

>Salam buat semua kawan ibu,

Selamat tahun baru 2010 buat semua. Setiap kali awal tahun, bahkan sejak sekolah rendah lagi, soalan yang kerap ditanya adalah “Apa azam tahun ni?”

Andai ada yang bertanya ibu soalan ini, jawapan ibu sama macam dulu.. cuma kali ini ibu ingin mempertingkatkan lagi keazaman dan kesungguhan ibu dalam melaksanakan semua perkara yang menjadi keutamaan dan tanggungjawab ibu.

dan soalan yang ibu tak ingin, bahkan tidak mahu dengar lagi, walau dari mulut en ayah sekalipun.. adalah “Bila ibu nak cari kerja?”

Sebenarnya sudah berkali2 ibu maklumkan kepada en ayah mahupun siapa jua yang masih tidak faham2 hasrat ibu untuk menjadi WAHM, “ibu cuma akan bekerja dari @ di rumah sahaja. bukannya bekerja di pejabat masuk jam 8 pagi keluar jam 7 malam. nature tugasan seorang akauntan takkan membolehkan ibu masuk 8 pagi keluar tepat jam 5 petang. Ibu sendiri tak boleh membayangkan bila ibu balik kerja, ibu hanya mampu beri sedikit sahaja ruang masa untuk anak2. Memang ibu tak mau meletakkan diri ibu dalam situasi begitu. Kerana itulah, ibu masih bertekad untuk terus berada di rumah.

Ibu tahu sepanjang tahun 2009 ni adalah tahun yang perit untuk kami sekeluarga. Bila ibu tiada pendapatan, en ayah rasa tertekan sebab sebelum ini hidup kami boleh lah dianggap senang. tapi pada ibu, ianya hanya ‘senang’ kepada en ayah. yer lah, bila ibu ber’duit’, bila shopping ibu yang bayar. baju2 dan keperluan anak2, ibu yang menanggung. hatta perabot rumah dan barang2 dalam rumah pun semua guna duit ibu. kalo guna duit en ayah, nanti en ayah akan claim balik bila ibu dapat gaji. Yang sedihnya, ibu tak mampu nak hadiahkan diri ibu pakaian yang cantik, biarpun 2,3 bulan sekali. Setiap kali ade sahaja yang perlu dilunaskan. nak hulurkan duit pada makbonda pun berapa lah sangat. Itupun sebab makbonda tolong jagakan ANis, maka ibu dapatlah juga beri 2-3 ratus sebulan.

Semasa mengandungkan Aliya, ibu memang dah banyak berfikir. Asalnya memang ibu ingin teruskan kerja-kerja membuat akaun di rumah. Namun ia tidak semudah yang dirancang. Sebaik bersalinkan Aliya pada Julai 2008, ibu terus berada di rumah. Besar cabarannya waktu itu (julai – dec 2008) untuk ibu menguruskan Aliya yang masih baby, Anis yang baru berjalan jatuh dan fikri pula yang perlu di’toilet-training’. Alhamdulillah, dalam tempoh tersebut ibu berjaya siapkan 1 kerja akaun koperasi felda. Jika bekerja di pejabat, ibu boleh siapkan dalam tempoh 3 minggu, tapi bila di rumah.. kerja itu hanya siap setelah hampir 3 bulan. Fee yang dapat ibu gunakan untuk bayar loan rumah untuk tempoh 5 bulan dan juga perbelanjaan rumah.

Kemudian, bila ALiya semakin mula meniarap & merangkak, ANis pula sudah makin suka memanjat.. masa ibu rasanya semakin kurang untuk difokuskan kepada kerja-kerja akaun. Gangguan dari anak2 usah dikata, ada dokumen yang diconteng dek anak2.. dan setiap kali ibu nak memulakan kerja pasti ade sahaja tangan2 kecil yang ‘membantu’… aduhhh.. keazaman ibu untuk meneruskan kerja2 akaun pun sedikit demi sedikit mula menyusut. Apatah lagi en ayah sudah tidak lagi membantu ibu menjaga anak2. Masa en ayah pun lebih banyak di luar. Jika di rumah pun, en ayah membuta jer.. (konon2 nak cover tenaga..) kerja2 rumah pun semuanya harus ibu langsaikan sorang2.

Menangis… itu lah antara option ibu untuk mengurangkan tekanan. nak mengadu? pada siapa? sudahnya ibu juga yang disalahkan tak pandai mengatur masa. Ibu ni bukannya robot, ada masa ibu ingin juga berehat.. walau ibu bukan yang jenis suka membuta di petang hari.. tapi ade hari2 tertentu bila ibu tak cukup tidur.. memang terlelap juga, lebih2 lagi selepas zohor. 😀

Berblog.. ini juga option yang sangat2 membantu ibu melupakan masalah dan tekanan di rumah. Tak lah lupa terus, cuma pengisian dengan aktiviti berblog dan mendapat kawan2 baru, banyak membantu ibu untuk terus positif dan meneruskan kehidupan sehari-hari. terima kasih blog dan terima kasih kawan2 blog.

Tahun 2010 ni, ibu berazam supaya ‘kekecewaan’ yang telah ibu lalui pada tahun 2009 tidak berulang. Insya Allah, walau letih macam mana sekalipun, ibu akan berusaha untuk mengatur dan menguruskan masa ibu dengan sebaiknya.

Ibu masih ada 1 kerja akaun yang masih belum dapat disiapkan, walhal dokumen-dokumennyer dah ambil sejak Ogos 2009 lepas. Minta maaf lah yer tuan empunya akaun. Insya Allah, ia pasti akan siap dalam tempoh 1-2 bulan ni.

Selain itu ibu akan memulakan projek cross-stitch yang baru. Nanti bila ibu sudah mulakannya, ibu akan buat n3 dan maklumkan patern apa yang ibu bakal buat.

ohya, ibu harap janganlah ada yang tersalah anggap pasal yg ibu tulis tentang ‘senang untuk en ayah itu’. bukan ibu nak memburukkan en ayah. hakikatnya, sejak ibu tidak bekerja ni persepi PIL pada ibu dah lain, ibu ni sudah tidak dianggap sebagai DIL yang menyenangkan anak mereka lagi. Apa pun, ibu sedar ibu tak boleh nak memuaskan hati semua orang, dan juga membuat orang lain faham keputusan ibu untuk terus berada di rumah. Ibu terima apa juga tanggapan orang sekeliling, biarlah masa yang bakal menjawabnya nanti.

p/s :

Pija sudah pindahkan ke akaun ibu, wang yang disumbangkan dari kawan2 blog dari projek mega tu sebanyak RM1,170. Ibu telah gunakan RM150 untuk membayar bil streamyx yang tertunggak. RM175 akan digunakan untuk bayar CD dari mamapayish. Selebihnya ibu tak keluarkan lagi. Buat masa ni biarlah duit tu dok diam2 dulu dalam akaun ibu.


Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: