>Ramadhan 1430H : Day 18, 19 & 20

September 16, 2009 at 3:08 pm | Dikirim dalam Catatan Ramadhan, food and beverage, my kids, pendidikan awal anak | Tinggalkan komen

>

Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini

Catatan Ramadhan

hari ke 18, Selasa, 8 Sept 2009

hari ke 18 berpuasa, sebaik balik dari meniaga en ayah telah memulakan operasi membuat ‘coleslaw’… selalu pun memang en ayah yang buat.. nak harap ibu buat ‘coleslaw’.. memang tak de nyer.. resepi & cara2 buat pun actually en ayah belajar melalui merancangan tv, tak silap di tv8,.. ‘cook in 30 minutes’, tak silap lah nama program tu.. program tu tahun lepas (2008), tahun ni tak perasan lah pulak ade ke tak lagi..

ni masa ayah tengah dok sagat kobis.. si aliya sebuk nak nolong juga.. sudahnyer ayah buat kerja kat dapur sorang-sorang.. ibu plak masa tu tengok sibuk melayan tenet.. hahahaa… so kerja2 selebihnya ibu takde lah amik foto.. Insya Allah, lain kali kalo en ayah buat ‘coleslaw’ lagi, ibu akan kongsikan cara nak membuatnya.

petang tu kami berbuka dengan sandwich istimewa… ibu 1st time makan loaf daging ayam ni.. tak reti makan sebenornya.. ingatkan kena rebus ker.. masak atas pan ker.. rupenya lapiskan jer dalam sandwich.

tapi ibu masak lah juga nasi & masak sotong campur dengan karet & lada benggala. Setiap hari mesti masak yang berkuah, baru anak2 nak makan banyak. Kalo takde yang berkuah atau ala2 bersup, memang sikit jer depa makan.

Rojak buah tu jiran sebelah yang beri.. sedap.. ade mangga, ada jambu batu, ade nenas, ade jambu air, ade sengkuang… dari berbuka hinggalah menginjak ke lewat malam, berdikit-dikit ibu kudap2 kan.. tau2 jer dah licin.. memang sedap. Ibu ingat nanti ibu nak buat kuah rojak, nanti time raya masa adik-beradik berkumpul, boleh lah layan rojak buah.

ni lagi menu pada hari ke 18 tu.. ikan kembung tu ibu bakar dalam pan jer.. lumur garam & kunyit jer.. pastu ricih sket daun kunyit.. nak amik bau wangi tu jer.. dan sudah tentu air asam. Ibu punya ni simple jer.. ibu hanya letak tomato, bawang & cili masak + cili api.. pastu siram dengan budu & perah limau kasturi.

ini pula aktiviti anak2 di waktu tengahari.. dah lama ibu tak snap foto anak2 belajar.. malas sebenarnya.. kalo aktiviti yang sama tu memang ibu malas nak snap.. anak-anak tengah tengok video di laman kideos. Ibu dapat tahu pasal ni dari blog Anakku Sayang.. laman web video untuk anak-anak. Dengan adanya kideos ni, ibu takde lah nak riso bila bagi fikri tengok video youtube sorang2.. kalo dia nak klik-klik pun memang semua video untuk kanak2 jer.

Foto kedua itu pula adalah lukisan terbaru fikri. Ibu nampak macam dinasour jer.. tapi fikri belum kenal dinasour.. dia cakap dia lukis badak sumbu. Nampak tak yang macam bonggol dibelakang kepala tu, tu la tanduk badak sumbu… heheheee… bagai nak rak ibu ketawa… *teruk betui, patutnya tunjukkan lah yang betul, ni ibu pakat gelak sakan plak*. Tapi ibu dah ajor fikri, tanduk badak kat atas hidung badak sumbu bukan kat badan badak.

hari ke 19, rabu, 9 Sept 2009

menu kami pada hari tu lebih kurang sama jer dengan semalam. Sandwich lagi dan kali ni kami bertukar juadah dengan jiran2. Semalam tu kami test dulu, dah confirm rasa sedap dimakan, baru le berani nak hulur ke rumah jiran.

malam tu anak2 makan ikan panggang lagi.. yang semalam punya 3 ekor jer masak semalam nyer.. abis anak2 kerja kan semuanya. Tapi hari ke 19 ni, ibu panggang ikan cerut.. alah ikan sardin yang kecik2 tu.. lupa lah nak snap foto.. *lupa..tension betui..* kalo tengok macam pulut panggang pun yer….

hari ke 20, khamis, 10 september 2009

Ibu sibuk sungguh hari ni, kemas rumah, dan segala2 nya lah… almaklum lah 11 september tu ibu kena buat lawatan mengejut ke Kolej Islam.

hari tu ibu dah malas tak tau nak masak apa. Bila tanya en ayah, en ayah jawab ‘apa-aper jer..’ ishh, tensen betui kalo nak pikir menu nak masak ni.. at last pukul 6 petang baru ibu masuk dapur…

Bihun sup yang simple2 jer.. mujur le dalam petiais ade lah baki2 aweh2 yang boleh digunakan.. semuanya serba sedikit.. jadi sup tu ibu masukkan daging, ayam, sotong & udang. Ibu rebus 1 bungkus bihun, hampir nak habis juga lah dikerjakan kami sekeluarga. Memula tu plan nak bagi jiran, tapi dek kerana lewatnya ibu masuk dapur.. maka ngam2 jer masuk waktu sebaik makanan siap dihidangkan.

pagi tu ibu bersahur dengan baki bihun sup, dah malas nak masak time sahur, lagipun sorang jer nak makan.. tengok aksi aliya makan bihun sup… hihiiii

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: