>Ramadhan 1430H : Day 21

September 11, 2009 at 1:00 pm | Dikirim dalam Catatan Ramadhan, kerja, my kids | Tinggalkan komen

>Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini Catatan Ramadhan

Ibu berhutang n3 bagi Catatan Ramadhan Day 16 – Day 20. Insya ALlah, akan di’bayar’ pada n3 yang selepas ini.

Hari ini 11 September 2009, Jumaat hari ke 21 berpuasa.

Pagi ni Aliya ikut ibu work. Kakak Anis & abang fikri tinggal kat rumah makbonda.

Aliya kat mana ni? nanti dah besor leh masuk ngaji sini yer…

Ibu dijemput ke Kuala Kangsar, ke kampus baru Kolej Islam Darul Ridzuan.. untuk buat sedikit review akaun.. sikit jer kojer nyer.. *used to be their consultant.. dulu ler..* .. tak lama mana pun.. sambil tu snap2 foto sekitar kampus sebelum balik.. cantik kampus baru ni.. nampak gaya nyer, kampus ni dah jadi kampus kesayangan Sultan Azlan Shah.

Aliya behave very well semasa ibu tengah dok buat kerja.. tapi banyak kali kerja ibu kena stop sebab Aliya asyik nak nenen jer. Ibu hanya bawa bekal biskut & air masak jer untuk Aliya.

masjid kolej, sudahpun dijadikan masjid untuk solat Jumaat mulai 4 September 2009.. atas titah Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ibu tak sempat nak jengah masuk, tapi ikut kata staff situ, karpet nyer dari Oman (pilihan baginda sultan), kalo berjalan memang leh tenggelam kaki.

Padang hoki ini pun dibina di dalam kawasan kampus.

Cuaca sangat baik petang tu.. ibu perasan lah pulak foto2 yang ibu snap seme lawo2… ahakksss.. angin juga bertiup kuat petang tu. On the way balik, hujan turun lebat selepas kami masuk hi-way.. tapi di Kuala jer hujan.. di Ipoh tak hujan pun. Ibu sampai rumah hampir jam 6.10 petang. Masa tu en ayah tengah ready siap2 kan barang2 untuk masak nasi goreng… hoyay… petang tu ibu tak masak pun…

Sian.. anak-anakku kelaparan.. en ayah cakap lepas amik depa dari rumah makbonda, en ayah cuma bagi depa susu jer.. sorang 2 botol.. en ayah cakap masa amik tu makbonda cakap depa dah makan.. tapi pukul 7.10 tu depa makan, ala2 pelahap lah jugak.. siannyer.. mujur ker sehari jer ibu kuor rumah. Setelah setahun lebih tak kena tinggal, anis punya lah merajuk sebab kena tinggal dengan ibu. Masa ibu balik, tak nak cakap dengan ibu pun, siap jeling2, pastu diam buat muka merajuk. Jenuh la ibu memujuk, peluk2, cium2 baru lah okay.

Lepas maghrib tadi… ade pulak kambing hitam datang ziarah kami… aduhaiiii, busuk nyer bau kambing tu.. tak tahan ibu dibuatnya.. nak snap foto punya pasal, terpaksalah tahan hidung.

Sekian lah cerita serba ringkas hari ini.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: