>Ramadhan 1430H : Day 13 & 14

September 6, 2009 at 5:48 am | Dikirim dalam Catatan Ramadhan, food and beverage, my kids | Tinggalkan komen

>Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini Catatan Ramadhan

Hari ke 13, 3 Sept 2009, hari Khamis

*mood malas nak menaip nih.. pluss idea yang beku..*

menu berbuka hari tu, nasi kanji (permintaan en ayah), sayur pakchoy tomyam. Tak sure ade ke org masak pakchoy tomyam.. tapi lepas dah letak udang.. memang rasa nya manis.. sedap..

hari tu en ayah malas nak g jengah pasar Ramadhan.. jadi ibu buat cucur taugeh.. taugeh pun baki yang semalam. Lawan cicah untuk cucur, ibu masak rendang dendeng.. resepi rendang dendeng ni ibu pernah tepek.. sila lah jengah sini.. rendang paling senang nak masak.. tapi yang ibu masak hari tu terlebih kicap.. sampai ireng rupenya… tapi confirm rasanya marvelous.. *tak habis2 puji diri sendiri...*

dah lama nak snap foto en ayah ajor ALiya @ anak2 solat.. tapi selalu tu tak sempat.. & aksi2 spontan yang kadang2 memang tak sempat nak ready kan kamera.

hari ke 14, 4 Sept 2009, hari Jumaat

Pagi ni, ibu tak sempat bersahur.. huhuuuuhh, sedey…

Alkesahnya, ibu dah bangun pukul 4 pagi.. pastu Aliya plak nangis nak nenen, jadi lepas minum air seteguk (setegik yer.. bukan segelas…) ibu pun nenenkan Aliya dulu.. tapi ntah camner tah, ibu terlelap.. tersedor masa Aliya baru lepaskan nenennyer.. tengok2 jam dah 6.30 pagi. Alahai, tetiba rasa sedey plak.. nak nitis air mata.. camner leh jadi camni nih… bukan tak biasa tak bersahur masa bujang dulu.. tapi ntah naper tah rasa sedey… tapi takde lah tak pose.. cuma riso kalo susu tak cukup untuk Aliya jer..

Aktiviti fikri pagi tu.. main ketapi.. tin2 biskut pun boleh jadi gerabak ketapi.. mana pala ketapi? tertinggal kat stesen ketapi lah tu..

Aliya melalak.. abang fikri tak kasi dia join main ketapi.

Petang tu, ibu memang rasa tak bermaya.. tapi lawan jugak ler.. larat masak mee goreng jer.. bihun goreng tu, jiran sebelah yang bela puyuh bagi. Mee goreng tu en ayah yang hias2 kan.. Antara 2 tu.. mana yang nampak lebih sedap…. ?!

ni kuih jannah bagi.. tak tau apa namanyer.. macam bepang pun yer.. rasa macam beras digoreng & dikisar kasar.. sekali lagi rasa macam tepung suji pun ade… manis. Anis & Aliya suka.. sehari dua ni tak sempat nak sembang2 dengan jannah., nak korek2 resepi kuih ni.

Ibu dah banyak hari berhajat nak buat kuih goreng2 *jajan untuk makan sambil tengok tv, kunyah2 sambil lekat celah gigi*.. tapi en ayah asyik lupa jer nak beli bahan yang ibu pesan. Ibu memang malas nak ikut en ayah g tesco.. lebih2 lagi dengan wabak h1N1 ni… lagi lah malas nak kuor rumah…

Semalam, 15 Ramadhan, kami berbuka di rumah ibumertuaku.. meriah juga dengan lauk pauk.. lebih meriah sebab pakcu & anak2 pun datang dari Taiping.. makNdak, pakWe & MakWe pun ada. foto tak upload lagi, esok baru ibu update.

Buat semua kawan2 ibu, selamat berhujung minggu & menyambut nuzul Al-Quran.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: