>Bertemu SitiSifir di Parit Buntar I

Ogos 18, 2009 at 1:50 am | Dikirim dalam friendship, jumpa kawan blog, my notes | Tinggalkan komen

>

Akhirnya kakyong dapat juga berjumpa Sitisifir.. Ini memang 1st time ni jumpa kawan blog. Ni kesah hari ahad lepas, hari ni baru berkesempatan untuk update n3 ni. πŸ˜€ Sitisifir dah update cerita ni semalam lagi.

Plan asalnya nak bertolak pagi ke Parit Buntar. Sebabnya malam minggu tu, abangchik epoi (adik en ayah yang kerja TUDM) dah pesan minta tolong hantar kan dia ke Bayan Lepas, nak naik flight pukul 4 petang ke Kuching. Ibu memang dah start moncong dah, sebab kalo nak g petang, pastu nak kena g penang dulu, pastu baru nak ke Parit Buntar.. rasa macam kejap sangat, pastu ntah pukul berapa pulak nak sampai ke rumah (Ipoh).

Tengahari MIL telefon, tanya kami, pukul berapa nak datang amik kereta.. *kereta wira kami semput kalo jalan jauh, jadi memang pinjam kereta Eda (adik en ayah yang kerja KL). Lagipun kereta tu parking jer kat rumah PIL.. jarang2 diguna pun.* Mujur lah abangchik epoi dah ke Penang dengan kawannya.

Pukul 3 petang tu kami dah nak gerak, tetiba fikri cakap tak nak ikut.. “nak ikut chik (Kakchik, adik en ayah). Fikri memang rapat dengan makcik dia yang sorang nih, lagipun dah 3 minggu dah bawa dia g umah PIL & 3 minggu juga tak jumpa kachik kesayangan dia ni. SO, tinggallah dia kat rumah opah santan. Ikut suka lah kachik nak bawa dia g mana.

Kami bertolak dari Ulu Kinta jam 3.15 petang. Kalo ikut kata sitisifir, perjalanan ke Parit Buntar tak sampai 2 jam pun, ikut hiway. Dalam perjalanan Anis boring jer. Yer lah sebab abang fikri takde. ALiya pulak, lepas bagi nenen, terus lena.. lagipun time tu memang masa nap petang ALiya. Perjalanan okay jer, cuma hujan lebat di Kuala Kangsar.

Pukul 5 petang kami pun sampai di depan kedai Sitisifir.. senang ajer nak cari.. takde lah sesat timur-barat. Memang mudah lah. Heheeee… *Lupa lah pulak nak snap foto kedainya dari luor… excited sangat nak jumpa *

Tinggi kurus jer orangnya si Pija Sitisifir ni… masa tengok dalam foto2 kat blog.. macam mature jer.. tapi bila dah jumpa.. muda lagi.. sungguh memang muda.. tak ku sangka, ibu beranak 4 ni kurus bebenor.. mujur le berbaju kurung & tudung labuh… πŸ˜‰

Antara perkara pertama yang ditegur dek sitisifir adalah cermin mataku yang senget-benget… hehehhh.. :)) nak buat camno kan.. anak2 ku terer2 belaka.. mujur tak patah cermin mata ibu ni pun dah cukup bagus.

Masa kakyong sampai tu kedai dah lengang, pelanggan baru jer balik.. Suasana kedai nampak ceria jer.. warna oren, memang warna ceria. Ni si sitisifir sedang membelek2 cermin mata ku yang sudah senget-senget. fail2 tu adalah khazanah yang ku bawa pulang ke Ipoh.

Kakyong bukan setakat mengutip dokumen2 tapi juga mengutip hadiah untuk Contest Catatan Ibu.. cantik & comel tudung anak2 tu.. πŸ˜€ *nanti yer ku upload foto nya.. belum disnap lagi pun foto nya, masih belum dikeluarkan dari kotak pun*

Kakyong kan datang berlenggang tak bawa apapun buah tangan untuk sitisifir.. teruk betui. kan. ingatkan pepagi tu sempat lah lagi nak buat kuih ke apa.. tapi ALiya asyik nak melekap jer.. satu apa pun tak menjadi.. Malu tau.. sebab sitisifir siap hadiah kan baju raya untuk ALiya & ANis… adoiii la… ishhh.. *nanti kakyong snap foto depa bergaya dengan baju raya dari sitisifir tu..* Terima kasih Pija.. banyak ehh Pija bagi kakyong, kakyong takde apa nak balas ni.. kakyong doakan Pija selalu dimurahkan rezeki.

Dah habis dok bincang2 pasal dokumen bagai, check mata *buat spek baru*.. Pija ajak kami gi rumah mak dia di Taman Sempadan. Kakyong memula confius jugak.. sebab masa masuk exit Bandar Baharu tu dah dalam Kedah, kedai Pija di Parit Buntar.. rumah mak Pija plak di Nibung Tebal… rupanya sempadan 3 negeri…

Aliya yang excited dengan cermin. Masa ni tengah tunggu ibu pilih frame.. Ibu ingat nak pilih frame yang vogue sikit ker.. tapi en ayah asyik bagi isyarat TAK Ok jer.. so end-up.. tak banyak beza pun frame lama & frame baru…

ANis masa memula tu kan main malu lagi.. tapi tak sampai setengah jam.. kedai tu dah macam kedai sendiri.

Lebih kurang dalam pukul 6 petang, Pija ajak kami g rumah mak dia.. Pija telah ‘kidnap’ ALiya dan bawa ALiya naik kereta Pija. Ibu riso jer.. takut Aliya melalak.. tapi Pija kata Aliya okay jer.. dalam perjalanan, hujan turun selebat-lebatnya. Dah le dalam kereta tak de payung plak tu.. tu ler pasal sbb naik kereta orang kan.. terlupa nak amik payung dalam kereta kami.

ni di rumah mak Pija.. comel-lote anak2 Pija… Uwaiys teramat lah ramah, tapi tak faham langsung apa dia cakap.. yang faham, dia cakap dia comel… hehehee… ;;) Kakyong jaga 3 orang ni pun dah rasa macam nak tunggang terbalik rumah.. ni pulak kalo dengan 4 orang.. tapi meriah kan.. Anak2 dah besor, lain sket kerenah nya.. masa kami sampai tu Asmaa dok leka mewarna dan melukis.. comel Asmaa ni.. boleh buat menantu.. rambut ikal panjang mengurai…

kakyong tak dapat nak taip banyak ni.. *Aliya dah melalak pulak.. lately ni asyik nak memerap jer * Layan jer lah yer foto anak2 Pija @ Sitisifir yang comel2 ni.. bukan setakat comel, bahkan ramah2 belaka… πŸ˜€

tunggu sambungan nyer yer… πŸ˜‰

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: