>219 Merawat hati dengan bertani di FB

Ogos 11, 2009 at 6:00 am | Dikirim dalam my notes | Tinggalkan komen

>

Salam buat kawan-kawan ibu,

ini entry sengal semata… sekadar melayan jiwa…

Pada yang ade akaun FB (facebook) pastilah tahu pasal ‘berTANI’ di FB.. yang sedang hangat di pasaran saat ini adalah Farmtown. Sampai jammed server dibuatnya dek kerana ramainya petani maya yang tumbuh bak cendawan tumbuh kala hujan, di serata dunia.

Sejak seminggu yang lepas, kakyong merawat hati dengan belajar bertani di FarmTown dan farmville… * orang merawat hati dengan perbanyakkan solat sunat @ mengaji, ni dok buang masa di FB pulak.. * hehehee, 2 orang kawan blog yang penjadi pendorong kuat ku bertani di Farmtown tidak lain tidak bukan adalah Eta Lazim @ nama glam blog MamaQaypo dan Mimie @ nama glam blog Mama Shinta. Actually Bai Power pun ade gak bertani di farmtown (FM), kakty pun ade.. sehari dua ni nampak Fiza dan NonnieMn pun melayan FM. Ini adalah ‘wabak’ yang lagi dasat dari H1N1. :))

Mamashinta dan Eta memang ‘neighbour ladang’ yang rapat… ;;) bukan setakat sharing tips berladang, tapi juga merepek2 hal lain.

btw, jika ada kawan2 ibu yang ade akaun FB, silalah ADD kakyong yer.. id kakyong adalah Kakyong Habibah Yahya. Jangan tertipu tau kalau terjumpa ada satu lagi nama Habibah Yahya, sebab itu adalah orang lain.

Apa yang best sangat berTani di FB.???

masa memula start berTani, hanya ade 4 batas jer… dan yang boleh ditanam pun hanya 2,3 jenis tanaman yang murah-murah ajer. Tapi kalo rajin menanam, semakin banyak point xp (experience bertani lah ni), maka semakin cepat lah naik level. Bila menanam dalam kuantiti banyak2, dan buat batas sepenuh2 ladang, banyak le coins (duit lah ni) yang terkumpul.

bila dah banyak coins sampai riban2, boleh la luaskan ladang.. kalo nak menambah pendapatan lumayan, rajin2 lah mencari kerja di ‘marketplace’.. tolong petani omputeh kat ladang2 depa… sekali dapat upah ‘harvest’ pun riban. kalo nak cepat naik level, minta lah koje ‘plow’ kat ladang omputeh.

*hehehee… kalian faham ke yang kakyong repekkan ini*

http://picasaweb.google.com/s/c/bin/slideshow.swf

sebelum ladang ku bertukar seperti ini.. daku tersangat lah jeles dengan nadiah dan Ina Hashim… depa ni waktu kakyong baru mula nak berTani.. ladang depa dah luas terbentang.. saujana mata memandang.. dan diDeco lawo2…

btw, kalo orang tanya kenapa kakyong berFB…?!!

memula dulu sebab kawan2 satu batch MRSM Terendak yang invite, sebab kami nak jadikan ia satu platform untuk kami bercontact2 semula.. ALhamdulillah, kalo tengoj daripada 200 lebih friendlist kakyong tu, 80% adalah kawan-kawan MRSM Terendak dan UUM.. selebihnya adalah kawan2 blog yang turn up jadi kawan FB, juga kawan2 semasa di Muslimatnet dulu.

Kakyong sebenarnya suka melayan foto2 kawan2 di FB.. lebih2 lagi foto kawan-kawan yang bermaustatutin di luar negara… cantik2 semua pemandangan.. tak pernah dapat g Belgium, tapi sebab ade sorang senior ni kahwin dengan orang sana & stay for good, dapat lah tengok view yang cantik2 di Belgium.

Actually sudah lama juga tidak merayap-merayap ke FB kawan-kawan. Asyik melayan kuiz, dan macam2 lah, *FB ni sesuai untuk yang sengak dan suka merepek <– pandangan kakyong semata,.. * sekarang ni pulak melayan berTani.. ;;)

Pada yang belum berTANI di FB.. nasihat kakyong.. usah lah di coba2.. nanti keTAGIHan… tak percaya tanya sama MamaQaypo. 😉 tapi kalo ade yang nak jadi jiran bertani ku di farm town.. mari ler….. 😀

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: