>217 Nak PRIVATE kan Catatan Ibu

Ogos 10, 2009 at 5:03 am | Dikirim dalam my notes | Tinggalkan komen

>

Salam buat kawan-kawan ibu…

Sebenarnya hajat ni dah lama kakyong fikir-fikirkan.. tapi bila kenangkan semakin ramai followers jadi kakyong tangguhkan dulu. Lebih lagi sekarang ni ranking alexa blog Catatan Ibu sudah berada dalam rank 800,000, berbanding 12,000,000 5 bulan yang dulu.

Namun, memandangkan kawan-kawan yang rajin beramah mesra di sini hanya orang2 yang sama belaka.. dan jumlah kawan2 yang beramah mesra untuk satu2 entri tidak pernah pun mencapai 30 orang.. maka kakyong membuat kesimpulan, tidak ramai sebenarnya yang betul2 mahu berkawan & beramah mesra dengan kakyong. Jadi kakyong fikir ada baiknya kakyong PRIVATEkan sahaja blog ini. dan menjemput hanya mereka yang benar2 setia menjadi kawan ibu.

Bila ??!!

Insya ALlah.. selepas syawal nanti.. sebaik kakyong selesai mengerjakan puasa sunat & menyelesaikan semua hutang2 puasa Ramadhan yang bakal menjelang nanti.

Apa kalian perlu buat??

Tak perlu buat apa2.. kakyong yang akan menjemput @ men’invite’ kalian nanti. Dalam tempoh 2 bulan ini, ibu akan kumpul alamat email mereka yang setia. Kalian tahu kan sapa kalian.. tak perlu lah kakyong perjelaskan lebih lanjut.

kakyong dah tak kesah sangat pasal ranking… dah mencecah below 1,000,000 ni pun dah cukup berbesar hati.

Kakyong berjauh hati..??

Ya, memang berjauh hati… sebabnya.. dah dinyatakan diatas.. selebihnya.. pikirlah sendiri..

Insya Allah, contest berjalan seperti biasa.. dan akan ditutup sehingga tarikh yang dinyatakan. JIka ada hanya 6 penyertaan pun tak kesah, bermakna 6-6 adalah pemenang.. as long semua hadiah yang ditaja kakyong beri pada pemenang.

Maaf jika ada yang tak senang bila membaca entri ini.. tetapi hakikat nya, kita tak boleh nak memuaskan hati semua orang.

Buat yang baru jadi kawan ibu.. tak usah gusar.. anda rajin beramah mesra & benar2 nak share & berkongsi pengalaman & cerita dengan kakyong.. silalah rajin melayan & beramah mesra di entri2 ku.. tapi awas ya.. jangan pulak yang sengaja tinggalkan 3,4 komen untuk satu2 entri… itu tak dikira.. pada kakyong itu adalah kebudak-budakkan.

Akhir kata, kakyong rela ade 20-30 kawan yang rajin beramah mesra daripada 200 orang tapi hanya 10-20% yang betul2 mahu jadi kawan ibu. sekurang2 mudah nak blogwalking, kalo setakat 30 orang kawan.. hari2 kakyong boleh menjengah.

p/s

seminggu ini memang mood nak blogwalking sangat2 merudum… bukan kerana banyak kerja semata2… tapi melihat respond kawan2.. bila kakyong tak menjengah seketika.. you all terus tak sudi nak jengah sini… 😦

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: