>190 Masuk Angin

Julai 14, 2009 at 3:10 am | Dikirim dalam my notes | Tinggalkan komen

>

Salam buat semua kawan-kawan ibu,

hari ini en ayah tidak meniaga, jadi susah sikit lah ibu nak berblog di pagi hari ni. Actually dah lama tak berblog di pagi hari. Selalu pun 2,3 hari lepas melayan blog hingga jam 1 pagi. Disebabkan malam tadi, ibu diserang angin satu badan *lambat makan kot*, maka satu kerja pun tak dapat ibu nak selesaikan. Lipat kain pun separuh jalan, ajar fikri pun separuh jalan, nak jengah blog lagi le ibu rasa tak larat. Angin nyer naik sampai ke kepala. 😦

Badan ibu ni memang senang kena serang dek angin, teringat masa kenduri kahwin ibu & ayah, masa tu kenduri di belah en ayah di Ulu Kinta. Hidangan pengantin memang le sedap2 belaka, ade udang, daging, ayam bakar bagai, tapi yang paling sedap adalah nangka masak lemak. Kan main lagi ibu makan, hahah.. tak sedor diri, walhal pengantin kena makan sopan santun, tapi nangka punya pasal, makan sampai tak hengat.

 - Fotopages.com
heheh, ni foto masa kenduri rumah en ayah.. tema kuning diraja.. :)) warna tema jer kuning diraja, tapi bila part makan, langsung tak hengat.

Dan ibu ingat, lepas jer kenduri tu, petang tu ibu terus pengsan, tak keluor2 dari bilik. Firstly, sebab memang letih sangat sebab kenduri kahwin nyer berturut2 hari, on 1 May 2005 di rumah ibu, 2 May 2005 belah en ayah pulak. Manalah badan tak letih, pastu ditambah lagi, ibu memang alah dengan nangka, tapi tak sedor diri punya pasal.. haa padan muka. Malam tu jenuh lah pulak ibumertuaku mengurut daku. hikhikhik.. πŸ˜€ bertuah le badan kan dapat mertua pandai mengurut. MIL cakap, badan ibu ni nampak jer kecik halus, tapi banyak angin, jadi kena jaga banyak bab makan.

ohya, hari ni entri hanya bebelan semata, tiada tajuk khusus seperti selalu. Masa ibu menaip ni en ayah keluar jap, so ibu curi2 lah masa buat n3 ni. Sebab malam tadi tak dapat nak menaip satu apa pun.

Nak sambung balik pasal masuk angin nih. Sebetulnya ibu dok imbas2 semula kenapa lah ibu kemasukan angin yang tahap maksimum ni.. rupanya baru ibu teringat yang ibu dah lama tak ambil supplement @ jamu kakyang 4 bahagia. Dah beberapa minggu lah jugak. Actually ibu nak @ try2 nak pau en ayah, kot2 nak belikan ibu jamu tu. Tak le mahal mana, 2 botol RM44 jer. Tapi lately ni en ayah selalu refuse nak penuhi permintaan ibu, jadi ibu pun malas lah nak meleser2, nak mengada2 minta itu ini.

Ibu pernah tepek foto jamu ni semasa menjawab tag langsing. Sejak habis berpantang kan ALiya, ibu terus ambil jamu ni. Memang elok lah untuk ibu yang memang sedia @ kerap masuk angin ni. btw, ini bukan entri promo ke apa,.. πŸ˜€ ibu tak dapat apa2 komisen pun dari kakyang 4 bahagia. Sepanjang ibu makan jamu ni, takde lah masalah sejuk2 badan, kebas2 kaki, lenguh2 lutut, & sakit2 urat. Selepas bersalinkan Fikri, memang ibu alami masalah sakit2 urat segala, sampai 3 bulan selepas pantang.. sebabnya… bukan ibu tak berpantang makan… tapi ibu cuma tak dapat berpantang daripada buat kerja2 rumah.

Almaklumlah bila berpantang sendiri, 3 hari selepas bersalin, en ayah dah mula berniaga, dah tu tinggallah ibu dengan fikri jer. Jadi, harus lah ibu buat segala kerja walaupun baru 3 hari bersalin. Sakit badan, letih lepas bersalin tak habis lagi, tapi dek kerana tiada pilihan yang terbaik, maka harus lah juga ibu lalui nya. Masak sendiri, basuh pinggan mangkuk sendiri kena buat, dan macam2 lah kerja rumah. Ibu ingat lagi, selepas sebulan bersalin, ibu ke klinik desa untuk check up antenatal.. selamba jer misi tu cakap, patutnya berpantang rehat, masa dengan baby jer.. ni naper rahim tak kecut lagi ni.. tak berpantang ker… :(( masuk jer kereta ibu terus nangis… * orang kata masa dalam pantang tak elok menangis atau bersedih2 , nanti meroyan..* Alhamdulillah, ibu anggap tu semua silap ibu. So takde lah nak nangis sampai menyeksa diri.

Mungkin sebab takde orang yang jaga & pantau makan minum ibu, tu pasal lah jadi cam tu kot.. & ibu pun memang tak makan jamu, actually ade beli jamu selapan mustikaratu. Tapi jamu tu panas sangat, sampai fikri naik ruam & ibu pun tak tahan. Jadi ibu stop makan jamu tu. ngelat kan. Bila ibu baca entri Mommy SN pasal pengalaman dia berpantang, ibu rasa Mommy SN bertuah sangat, sebab walau bersalin di negara orang, tapi ibu mertua datang menjengah (sila ambil tahu yer, Mommy SN sudah tiada ibu) & menjaga keperluan mommy SN selama 2 minggu.

Ibu kalau ada yang membantu menjaga keperluan ibu untuk 1 minggu pun ibu suka sangat. Yerlah selalunya selepas seminggu dah kuat & luka pun dah sembuh dan bila luka sembuh memang senang nak bergerak sana sini. Tapi dah memang ketentuan, 3 kali berpantang, 3 kali ibu lalui nya sendiri. Bukan makbonda tak jengah, ade makbonda datang, datang singgah , mandikan baby ajerlah sambil bagi petua itu ini. The rest urusan di rumah ibu settlekan sendiri.

Alhamdulillah, semasa berpantang kan Anis, ibu cepat sehat & peranakan pun dalam seminggu dah turun. Nak tahu sebabnya : sebab ibu makan obimin. Masa Anis, ibu bersalin di Pusat Rawatan Islam, dan Dr Raofah yang banyak memberi nasihat & panduan. Dalam tempoh seminggu, peranakan dah turun, misi dari klinik desa ade datang periksa. Dan masa tu pulak Anis pulak kuat menyusu. Dalam sebulan jer, ibu dah slim *tak lah slim seperti masa anakdara tapi dapat lah semula berat sebelum pregnant kan Anis*, kiranya berat ibu turun 12 kg dalam tempoh berpantang. Semasa berpantangkan Anis, ibu pun tak makan apa2 jamu, cuma terus ambil obimin, non stop sampai Anis nak masuk 3 bulan.

Obimin ni antara fungsinya ,

  • utk ibu2 yang mahu mengandung, bagus untuk menyuburkan rahim dan
  • untuk2 ibu yang selepas bersalin, bagus untuk mengecutkan rahim

Gamaknya mungkin sebab ibu tak stop pengambilan obimin, maka kecuaian ibu ayah telah membenihkan ALiya pula… uwaaaa…. memang ibu hangin hangin sangat2 masa tu… x( bukan masuk angin tau.. tapi memang hangin… rasa sedey pilu segala lah….

Selepas bersalin kan Anis, memang ibu dah merancang2 nak jarakkan kehamilan.. bior le anis besor sket baru ngandung lagi. Semasa ibu nak ibu appointment dengan Dr Raofah, kebetulan Dr Raofah sudah berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji. Hmm, jadi ibu pun tangguh lah dulu, tunggu lah Dr Raofah balik. Tapi bila Dr Raofah balik, bukan nya nak merancang jarakkan kelahiran.. tapi untuk pemeriksaan ibu mengandung pulak… kihkihkih… Dr Raofah terus ingatkan, selepas bersalin yang ke-3 ni, mesti pakai IUD… tapi kesudahan nya, hingga kini, ibu tak pun ke PRI untuk itu. Ibu takut.

Ohya, semasa berpantangkan ALiya, ibu guna set confinement Leesa Formula.. en ayah bising sebab mahal, walhal beli tu dengan duit ibu… πŸ˜€ memang sesuai sangat set Leesa Formula, dgn ibu. Ibu pun sehat sepanjang berpantang dan takdek masalah urat2 & sejuk2. Dan ibu juga berhati2 & menghadkan bab membuat kerja rumah yang memerlukan ibu bermain air, contoh membasuh pinggan mangkuk. Masa tu en ayah hangin sangat, sebab katanya ibu ngada2. Tapi ibu kan selalu jer ade alasan… “untuk kesihatan ibu juga, ayah suka ker ibu asyik sakit2 badan, sakit2 urat.. kerap2 demam… ” ayat membela diri.. πŸ˜€

Alhamdulillah, Aliya sudah hampir setahun pun, dah masih dapat kekalkan ‘rahim kosong’. Itupun jenuh lah ibu meminta kerjasama en ayah. Ibu hanya buat kiraan jer & minta en ayah guna kondom untuk masa2 yang ibu kira subur. ;;) malu nya.. kenapa lah tulis ni.. tapi tak perlah untuk dikongsi bersama… kalo ade yang malu, baik toksah baca.. kalo anakdara cam cikintanurulfateha tentulah malu.. tapi kalo ade ibu2 yang ngada2 nak malu2 ni… ishhhh… :p

Ohhh.. apakah sebenarnya point ibu menulis ni… :D…
tiada point yang khusus sebenarnya.. hanya bebelan orang yang masuk angin…
cuma buat semua ibu2 yang bekerja.. ambillah supplement untuk ketahanan dan kecergasan badan.. banyak di pasaran supplement yang bagus cth spirulina, multivitamin, vit c, vit b3… dan macam2 lagi lah. Cabaran ibu2 sekarang ni hebat dan perlu bergerak pantas ke sana ke mari.. jadi badan selalu @ sentiasa perlu fit… so ambillah supplement untuk kesejahteraan ibu2 yer… πŸ˜‰ Tak kesah lah nak amik jamu @ apa2 supplement, yang penting sesuai dengan badan & kita mampu nak beli.

Masalah angin ibu… dah selesai dah. Alhamdulillah, malam tadi tidur awal, sambil tu minta en ayah urutkan belakang. Pepagi ni ibu ketuk halia & rebus, dah minum airnyer campur dengan madu sikit. Lega sungguh bila sudah dapat ‘melepaskan’ angin.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: