>164 One of our weekend

Jun 19, 2009 at 2:20 am | Dikirim dalam my kids, my notes, xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>

Sudah kah anda mengambil award khas dari Ibu.. sila ke entri ini yer… Award kawan Ibu terHebat

Salam semua kawan-kawan ibu,

Kalau tak silap kakyong, beberapa bulan yang lepas, ade seorang blogger yang beritahu bahwa blogger@blogspot hanya benarkan satu-satu blog follow 200 blog sahaja. Tetapi bila kakyong semak semula bilangan blog yang kakyong dah follow, sehingga malam tadi sudah 213 blog. Jadi, kakyong menjadi musykil, @ pun blogger telah berikan kelonggaran untuk follow sebanyak mana blog yang kita suka. Agakkan daku jer lah… :-/ Ade sesapa yang tahu..??

Sepanjang siang semalam, khamis 18 Jun 2009, kakyong dok berjalan-jalan ke serata blog kawan-kawan yang belum diziarahi. BIla disemak senarai, 1 pusingan pun belum habis.. maksudnya daripada 150 blog, masih ada yang belum sempat disinggahi.. kakyong telah memulakan penjelahan *macam buat ekpedisi pulak * pada 12 Jun 2009.. dan sehingga hari ni, setelah 6 hari berlalu, baru 70 blog yang disinggahi… ;)) walhal sejak beberapa hari ini senarai blog sudah bertambah manjadi 160. makkk aaaiii, jauh nyer lagi nak habiskan 1 pusingan nih… Insya Allah, daku akan berusaha lebih gigih.. ;;)

Ni nak citer pasal hari minggu kami anak-beranak 2 minggu yang lepas..

Actually, kami pergi Tesco beli barang-barang rumah… shopping-shopping dengan anak-anak.. ๐Ÿ˜€

Anis lah yang paling hepi, sebab shopping kali ni, ayah bagi Anis peluang merayau sebebasnya. Sebelum ni selalunya kena dok diam dalam troli jer. So merayau lah ANis sampai dia penat.. dan akhirnya dia yang request nak dok dalam troli. Akhirnya 3-3 orang sekali masuk dalam troli. Aliya memula dikendong ibu, tapi bila dia mula nak mencapai barang & start ngamuk2, ayah kata letak jer dia dalam troli. Lepas dapat pegang barang, terus diam. ๐Ÿ˜€

Dah ade jual rambutan *rambutan boleh boost kan susubadan.. orang lah cakap, kakyong tak pernah try* tapi mahal lah sesangat nyer… dan tak fresh pun.

ni dah habis shopping.. pose istimewa dari ANis untuk semua kawan-kawan ibu… Anis masa ni tengah hepi, tu pasal senang jer nak amik foto dia.. cuba kalo tengah hangin, muncung jer lah jawabnyer. ooo.. maksu ainun pun ade.. maksu memang suka interfrem.. cepat jer nak ngikut kalo bab shopping2 ni. Abang fikri plak tak habis2 dgn ‘peace’ dia… pastu bila nak snap foto suka tengok ke atas..

habis shopping, ayah kata nak belanja makan kat kedai kat atas bukit yang dekat rumah kami tu. Ibu nak sangat makan pizza…. * teringin lah pulak… * tapi sebab dah lewat, kami habis shopping pun dah hampir 10 malam.. so ikut ajer lah saranan ayah. Lagipun anak-anak dah tunjuk tanda-tanda lapor, walaupun sebelum keluar rumah tu dah makan sikit.

Maksu order bihun tomyam, ibu plak keteow tomyam. Abang fikri plak nak nasi goreng ayam, tengok lah tu, tak sabor2 dah nak makan.. bila sampai jer nasi goreng tu kat meja, terus tadah tangan, yang dengar bunyi ‘Awwohhumma…’ sapu muka & terus amik sudu nak makan. Tak tunggu orang lain dah. Anis plak kongsi dengan ayah keteow goreng. ALiya hanya tengok jer.. ayah dah bagi dia minum milo sket.. beriya2 dia menghisap tadi, tapi air tak naik2… :))

Hmmm, makanan kat situ tak lah best sangat, biasa2 jer… * Eila, kot2 lah berhajat nak makan kat situ.. baik lupa kan jer… keteow goreng yang kakyong masak lagi sedap… hikhik :)) * Tapi tomyam dia boleh la… sebab daku pun tak lah pandai sangat masak tomyam…

Ni sesajer menepek foto ibu… hihiii… :X meroyan jap nak berposing…. tudung yang pakai ni memang dah lama tak guna, sebab nya ibu tak reti nak belit-belitkan tudung tu.. tapi malam tu try lah belit2 kan dia… pasti pin kan sana-sini… heheh, memang dah sah tak expert pakai tudung lilit2 ni… tapi yang jadi ‘kembang’ tu sebab ayah puji… ‘nampak lawo pakai tudung ni’…. rasa hebat plak pas tu, iyer lah bukan senang ayah nak puji ibu…. ๐Ÿ˜‰

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: