>157 Update pokok sutera & pokok anggur

Jun 11, 2009 at 10:00 am | Dikirim dalam taman mini | Tinggalkan komen

>

lewat juga daku mengupdate blog hari ini… macam-macam yang daku nak stori kan.. dan ade juge entri yang masih dalam draft… terutama entri tutorial @ tips blog yang ingin daku kongsikan dengan kawan-kawan. Tapi yang tutorial tu esok lusa lah yer..

Hari ni nak update sket pasal pokok sutera @ mulberi dan pokok anggur dalu. Masa memula dapat benih pokok ni kan main excited lagi daku.. * sila refer entri ini yer..* selepas 2 bulan pokok2 tu di tangan daku.. sedey lah juger sebab benih epal satu pun tak menjadi… mati diserang dek kutu bena… garupale

mohon ampun maaf sebab tuan punya blog ni suka tepek foto besor-besor!!
Pokok sutera yang asalnya dicacakkan oleh adik ku (suami puan Miela77), setelah sebulan, ia telah berdaun dengan lebatnya & ia juga telah mengeluarkan buah. Tidak sempat ku snap foto buahnya yang kecil comel itu, sebab sudah dipetik oleh makbonda & diberi makan kepada Anis.. daku pun tidak tahu bagaimana rasanya.

Pokok anggur itu pula sepatutnya daku ikat tali supaya ia boleh melilit dan menjalar ke atas.. tapi en ayah asyik dok fikir pasal bocat & puyu, maka anggur ku masih juga begitu.. kata adik (suami puan miela77) * eila kena bagi pengeras ni.. dah banyak kali tolong promo blog niiihhh… * kalo diikat tali, pokok akan menjalar ke atas & akan lebih banyak daun tumbuh… betui kaaa… opppss, miela77.. pasni tolong upload pokok anggur yang kat rumah kome tu.. kakyong nak tengok… buat le entri yer… promo sket pokok anggur… ohya, daun anggur ku juga semakin meriah.. baru semalam ku gunting daun2 yang tua, sebab bila pucuk baru naik, daun yang lama seperti menghalang jer.

Daku sebenarnya memang sudah berkira-kira untuk mengalihkan pokok sutera yang rimbun dalam pasu besor itu ke pasu yang lain.. biarlah tinggal 2 @ 3 batang sahaja dalam pasu besor itu. Kalo boleh ku nak tinggalkan 1 batang sahaja dan semuanya ingin ku alihkan ke pasu yang lain.

Masalahnya, en ayah yang selalu lupa untuk ambil tanah hitam.. sedangkan dalam plastik poli telah hampir seminggu ku isikan pasir.. takkan nak cacakkan atas pasir semata-mata.

Daku telah sempat jalan2 ke blog Anak Pak Utuh… ku teruja melihat beliau menanam benih2 sutera… cuba jengah sini.. Menyemai pokok mulberi

Dan pembelajaran yang daku rasa lebih advance untuk daku adalah dari blog ini.. Khazanah Alam… best nya daun sutera boleh dibuat teh..

Ini adalah benih keratan anggur yang juga ku terima pada 2 bulan yang sudah. Asalnya keratan-keratan ini juga telah diserang oleh kutu bena. Sungguh daku sedih.. dek kerana daku ni mahu juga menyelamatkan keratan anggur itu, maka daku telah men’spray’ semburan ridsect ke arah keratan. Kubiarkan semalaman, esoknya daku buang @ kikis bena2 tersebut, ku basuh dengan air paip.. lalukan air jer. Kemudiannya ku pacakkan ajer dalam pasu, tanpa harapan yang tinggi dan satu keratan lagi ku patahkan 2.. hangin punya pasal. Tapi tidaklah ku buang.. ku pacakkan juga dalam pasu besar sekali dgn pokok sutera.. konon2 nak sedapkan hati..

Baru seminggu lepas, ku perasan keratan anggur yang ku patah 2 itu telah berdaun.. macam tak percaya pula.. sebab sebelum ni ku lihat seperti batang yang dah mati.. begitu juga keratan yang satu lagi.. dan sekarang ni sedang berdaun dengan lebatnya…

Foto benih epal ini daku ambil pada 17 April 2009. Setelah 10 hari benih2 ini berada di rumah daku… hampir ke semua telah diserang oleh kutu bena. Nampak tak yang warna putih, yang daku bulat2 kan itu… memang satu pun tidak dapat diselamatkan. sedey sangat.. tak dapat lah daku nak perasan jadi tokey pokok epal… harus juga ku beli epal dari pasaraya.

Tapi benih epal adik ku yang di FRIM itu kata nya tumbuh dengan jayanya… huhhh, jeles sungguh daku.. lupa pula daku nak minta dia snapkan foto.

SEkian sahaja update pokok mulberi & pokok anggur daku.. tunggu la sebulan dua lagi… akan ku update perkembangannyer lagi.

Kredit harus diberi kepada Ayahnde Pengasas kerana memberi peluang kepada daku untuk menanam anggur. dan dengan tak malu nya ku umumkan nama ku sudah ada dalam senarai KEPEPAM. senyumkenyit

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: