>095 Suami Mithali??!!

April 12, 2009 at 6:39 am | Dikirim dalam my notes | 13 Komen

>

Beberapa hari lepas sewaktu berjalan-jalan di rumah maya kawan-kawan., ibu terbaca entri Uncle Mountdweller yang bertajuk “Akan menjadi Ayah?”
Ianya sangat menarik hati ibu dan membuat ibu sedar betapa ayah selama ini adalah yang terbaik buat ibu.

Alhamdulillah, ibu bersyukur sangat-sangat sebab ayah telah melakukan kesemua yang Uncle Mountdweller senaraikan sejak kelahiran abang fikri , ANis & ALiya. Bahkan ayah juga mengurut badan ibu (urut untuk buang angin & kurangkan sakit lenguh2 jer) , menyiapkan tungku untuk ibu dan tolong pakaikan barut ibu. AYah juga mencari daun-daun kayu buat mandian ibu.. Alangkah bertuahnyer ibu.!!
Ibu tahu tidak semua suami-suami yang mampu & sanggup lakukan seperti yang ayah buat. Namun teramat berbahagialah isteri-isteri yang punyai suami yang sanggup lakukan semua yang ada dalam senarai uncle Mountdweller.
Ramai di kalangan suami kawan-kawan ibu hanya lepas tangan, jadi bujang semula sebaik isteri bersalin. Sewaktu dalam pantang, isteri di hantar pulang ke kampong halaman. Dan ada juga kes, rumah mertua tak sampai 1 km pun, tapi hanya sesekala datang menjenguk isteri sewaktu dalam pantang. Kenapa begitu agaknya?! Semasa nak ‘buat’ baby berdua, dah selamat bersalin, kenapa isteri ditinggalkan seorang?! Sungguh tidak aci.
Ayah juga bekerja. Harus keluar rumah seawal jam 4.30 pagi setiap hari. Semasa dalam pantang, tidur ayah tidak menentu, sebab bila baby meragam, ayah lah yang dodoi & berzikir hingga baby diam & lena. Jadi bila balik dari berniaga, dalam jam 2-3 petang, ayah akan cuba buat/selesaikan kerja rumah yang ibu tak selesaikan seperti membasuh pinggan, mop lantai, dan menyidai kain baju. Ibu tahu, ayah buat semua itu supaya ibu cepat sihat, cepat segar dan cukup rehat semasa dalam pantang. Bertuah ibu sebab ayah bersabar dalam saat-saat kesukaran itu.
Memang ibu patut berasa bertuah, walau ayah bukan siapa-siapa, tidak berpangkat besor, bukan loyer, enginer, akauntan hanya engeniyor (tukang parut kelapa & buat santan) tetapi ayah banyak membantu ibu dalam menguruskan kerja2 rumah dan anak-anak.
Daddy & BabyMommy & BabyKid With Toy CarBaby Smiley
Doa ibu semoga kebahagian ini, Anugerah Allah ini, berkekalan dan kita sama-sama dapat mencorak anak-anak menjadi insan yang berguna. Terima Kasih Ayah. I Love You

Advertisements

13 Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. >salam kakyong,Lebih menarik bila mendapat sentuhan dari seorang yang bergelar. Ibu yang merasakan perit dan pahitnya untuk bersalin dan membesarkan anak-anak.

  2. >Memang sesuai dgn ibu yang rajin memasak

  3. >Alhamdulillah bib…tak semua dapat sokongan dari seorang suami sebegitu

  4. >yekla..bertuah kak yong dpt fully jagaan husband mase dlm pantang kan. kami ms dpt anak dulu mmg takde ilmu langsung (tula, taknak belajar awal2..huhu). so mase pantang kebanyakan hal mmg mak yg tlg uruskan. husbnd kena kerja jauh . tp seminggu skali die balik mmg kena pastikanla die buat bbrape perkara wajib mcm kak yong ckp tula..hehehe..

  5. >Salam Hez,lain org mungkin lain cara suami mberi sokongan moral pada isteri.. :DMama Zara,kalo dah berjauhan, mcm my biras (hubby adik ipar), mcm tu ler.. hjg minggu jer bleh bantu2 & tolong2 isterinya.. yg penting, suami nak buat. Suami & kakyong dulu pun sesama bengap gak, tp cuba & tengok cara yg org tua ajor, sambil2 pk logik.. yer le kakyong 3-3 berpantang di rumah sendiri.. tau2 jer la. :p

  6. >salam UncleTerima kasih sudi menjengah ke mari. 🙂

  7. >en pengeluaran tanaman,terima kasih ziarah.. takde le rajin masak. Sebab perlu makan kan, jadi kena lah masak..

  8. >kenala sikit2 kak yong…alhamdulillah…

  9. >Salam kak yong, Memang beruntung klu mendapat sokongan dari suami sebegitu rupa. Alhamdulillah, ummi pn sepanjang pantang ketiga² anak bertuah tu suami turut membantu dlm segala hal. Semoga kasih sayang sebegini akan berterusan. InsyaAllah.

  10. >Kakyong, masa anak pertama dulu, hubby xder skali dalam wad bersalin, anak ke-2 dia ada skali, & nampak macam barulah dia 'tahu' betapa sukarnya saat nak melahirkan…Alhamdulillah, hubby banyak membantu, time malam2 & hujung minggu ketika dalam pantang, dia banyak jaga baby…bersekang mata dia masa anak ke-2 sebab ada gangguan makhluk halus…sangat2 saya hargai..dengan anak2 pun sampai la ni dia yg rajin mandikan & tengok-tengokkan sementara saya buat kerja2 rumah..

  11. >salam Mamami & Hanz,Begitu lah sepatutnya kan.. apa yang penting KERJASAMA… 😀

  12. >Kak Yong,terima kasih share..alhamdulillah saya dapat suami yang lengkap lebih dari macam apa yg ada kat atas..

  13. >salam UmmuAbdullahSyakirALhamdulillah.. tu lah kan, lepas ni kalo nak merungut pasal suami.. kena ingat balik kebaikan dia pada kita.. 🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: