>082 cepat nyer… aliya nak berjalan sangat dah ker…

April 1, 2009 at 9:20 am | Dikirim dalam my kids, my notes | 14 Komen

>

2 minggu lepas ibu baru jer buat entri perkembangan Aliya.. tapi kali ni ibu kena buat lagi. Ibu perasan anak ibu ni cam cepat benor peningkatannyer… tak macam abang fikri & kakak anis.. adakah ini penangan SUSU IBU..!!! Big Hug, Mom

Beberapa hari lepas, Aliya dah semakin kerap berdiri di dinding.. siap main lepas-lepas tangan lagi… huhuuuu.. kekadang buat ibu jadi berderau, yer le kalo ibu dekat tak per.. ni ibu kat hall.. aliya dok berdiri kat dapur..

Hahahhh.. tu la nak berdiri sangat.. ibu dera dia.. ibu amik masa, lambat-lambat keluarkan kamera, boh bateri.. snap beberapa angle.. pastu usik-usik dia.. akhirnya setelah hampir 5 minit… dah buat muka nak nangis… haaa, berdiri pandai, nak turun balik tak reti… kena banyak training lagi ni.. take ur time Aliya.. usah cepat bebenor.. susah ibu nanti. Dah le kakak Anis pun dah buat ibu fenin..

Ni lagi aksi berani Aliya… tengok muka dia selamber jer.. suka pulak tu.. langsung tak takut.. ibu plak yang riso takut Aliya jatuh.. kang lebam muka.. ibu gak yang susah.. nanti opah kata ibu tak pandai jaga Aliya…

.

Advertisements

14 Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. >wah.. mungkin juga penenang susu ibu kan.. hebat betul la aliyah. bertenggek jer kat baby walker tuh! tapi comelnya dia kat situ.. tongek plak tuh.. hehehe. mcm nak ku cium2 jer.. punyalah lebat rambut. my shinta tak lama lagi 24/04 ni dah 8 bulan.. dah pon gedebuk jatuh dari baby walker adeh… cian anak mami.

  2. >fuhh cepatnyasi Alysha yg exclusively bf pulak plg lambat…setahun 2 bulan br berjalan…umo 8 bulan tu dia baru pandai merangkak tau

  3. >Comelnya..bulatcepatnya dah nak pandai jalan.

  4. >comeinye dia..tembam ek.rs nak gigit je..hihi

  5. >Salam! Bib… biasanya anak pompuan memang cepat. Anak kak has yang girl tu 11 bulan dah pandai jalan dah. tapi mama dia lagi cepat…. 10bulan dah boleh jalan! 😀

  6. >amboiii cute nyer Aliya….geram teman tengok!

  7. >kakyong, berkat nama Aliya kot..:P doter dinie nama Alya pun cepat jalan 9 bulan btatih, 10 bln dah lepas tgn..

  8. >Kakyong, Aliya ngan my bb Hambali x beza jauh, 12hb ni, cukup ler 10bulan gamaknya. Macam Aliya gak, ‘crusing’, lepas2 tangan bila berdiri, kadang2 panjat tangga sampai ke atas, satu tangan pegang benda, risau betul bila nak tinggalkan dia..lasak!

  9. >salam shintamasih fully BF… rambut nyer baru jer lebat yg bhg belakang tu, sblm ni, cam ayam togel jer rupernya.. heheh, org tua kata ‘makan bantal’

  10. >Ummi Ina @ Hez,kakaknyer si anis, 14 bulan juga baru pandai berjalan.. umur 11 bulan baru start nak panjat2 ni..

  11. >Nadnyetak bulat mana pun.. ari tu masa g check up 6 bulan, ALiya baru 7 kg, ade lagi sorg baby tu 8++kg.. sgt2 montel, boy pulak tu…

  12. >Ummi salsabila ~ aufa pun comel juga.. pipi pun tembam.. tengok la nanti dah besor lagi.. hahah.. Erisya ~ lama nyer tak dengor berita. ke mana menghilang?

  13. >DinieDinar ~ ur gal nama Alya jugak yer.. kalo cepat benor berjalan, payah juga ibu nyer nak kawal.. lambat sket ok la, bior kakaknyer si anis ber'akal' sket.. kak Has ~ kalo ikut sejarah saya & adik-beradik seme mula berjalan selpas dah 13/14 bulan..

  14. >Hanza.. ~ anak teruna lasak, ok.. tu fitrah dia.. ni anak dara lasak.. ibu ler yg selalu kalut-kalut.. nak buek camno kan.. dah progress dia cepat..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: