>057 Gigi anak-anak & puting kosong

Mac 3, 2009 at 9:46 am | Dikirim dalam my kids, puting kosong | 2 Komen

>

Fikri mula tumbuh gigi masa usia 7 bulan.. ibu masih ingat lagi sebab masa tu hari raya aidilfitri 2006. Lepas tu ibu tak ingat dah perkembangan gigi abang fikri.. yang ibu ingat dah beberapa batang berus gigi yang ibu beli.. sudah nya abang fikri buat gosok lantai bilik air.. huhu..


Ni dia, ruper abang fikri.. dengan gigi yang ala-ala nak ‘jongang’. Ni la gara-gara hisap puting kosong.. memang sungguh tak bagus bila terlalu ‘asyik-mahsyuk’ dengan puting kosong.

Banyak juga kisah lucu pasal fikri hisap puting ni.. dari awal dulu fikri memang hisap putih kosong yang jernih.. kalo ‘hilang’, memang bercinta mencari nya.. selalunya ayah lah yang kena tolong cari. Ibu memang malas nak cari.. sebab ibu memang tak nak abng fikri berterusan hisap puting. Banyak kali juga la puting nya bocor, tiris sebab digigit oleh maksu enon.. (sengaja maksu nyer gigit, konon2 tak nak fikri terus hisap..). Ibu memang malas nak beli baru, tapi bila tengok abang fikri meraung, meronta-ronta.. ayah pun beli lah puting baru.. tup2 tak nak pulak puting tu.. nak puting yang jernih tu juga.. hahaah.. jenuh la ayah round satu Ipoh.. sudahnya pegi beli kat Parkson Ipoh Parade.. memang tak leh lupa.. puting anak punya pasal.. havoc satu ‘malaya’.. tak le satu malaya, tapi keluarga kami ajer la..

Lepas tu bila dah 2 tahun.. dah tak kesah, puting fesyen apa pun, janji puting.. yang lagi lemak tu.. bila hilang jer.. atok santan beli kan satu lagi.. Yang herannya, kalo pegi rumah atok Yaya, bila atok yaya cakap, ‘simpan puting, nak tidur baru hisap’.. okay plak si fikri.. ikut jer cakap atok yaya, takde la pulak nak melalak.. tapi kalo ibu yang suruh simpan puting.. alamatnya puting beliung la satu rumah.. Tapi kalo g jalan2, shopping2 ker.. kalo suruh simpan puting.. fuhh, campak jer dalam kereta ayah dengan relahati.. nak berjalan punya pasal.. sanggup ‘buang’ puting.

Dan sejak beberapa hari ni.. puting abang fikri dah putus dua.. ibu & ayah buat dek jer.. fuhh baru 2 hari, tu pun kuat juga rengek nya minta puting.. kadang2 g rebut puting anis.. Mujur lah Anis bukan jenis yang 24 jam berputing. Cuma bila dia rasa ngantuk & nak tidur.. dia mula la ari puting dia.. “ting.. ting.. ting..”

Memang tak elok hisap puting kosong ni.. tengok ajer la anak ibu si Amin Fikri.. gigi pun tak rata.. kalo nak makan & nak gigit tu, tak leh nak gigit guna gigi depan.. dia kena gigit kot tepi.. lawak la jugak kekadang tu..

Anis pula, hisap puting bukan lah satu kemestian, tapi bila dia kena marah @ dia dah letih nak tidur.. dia akan mula minta @ cari puting. Masalah Anis hanya lambat tumbuh gigi.. dah hampir setahun baru gigi bawah dia naik.. sekarang ni selepas dah 18 bulan, gigi Anis baru nak naik yang no 5

. Takper lah ANis.. Anis ade masa setahun lagi untuk gigi Anis tumbuh penuh. Kalau ikut pembacaan ibu, tempoh pertumbuhan gigi susu adalah dari usia 6 bulan hingga ke 2 1/2 tahun. Kalau dah sampai umur 2 1/2 tahun, gigi Anis masih belum tumbuh semua.. hmm.. kita tengok lah nanti macam mana. Cuma ibu harap Anis tak ‘puting addicted’ macam abang fikri.


Aliya pula ~ Aliya anak ibu paling baik.. ayah tak payah buang duit beli susu tin.. dan Aliya juga tak hisap puting.. ini yang ibu paling suka sekali.

Kalo rajin nak buat bacaan pasal puting kosong.. boleh baca cerita ni. mungkin juga cerita yang ini. Dan juga tulisan ini.

Advertisements

2 Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. >la..nape bagi puting kosong..sian abang fik..teman belikan juga kat anak tp dia ala-ala je guna..tak berapa nak..tp gigi anak teman pun dh rosak gak sb dia tak suka gosok gigi.. 😉

  2. >salam Afna,terima kasih sudi singgah & meninggalkan komen.. :)for fikri memang dah history la.. cucu sulong lelaki, jadi perhatian atok & opah (belah mertua) lebih sikit.. apa nak seme bagi.. my side, anak2 adik tak de yg berputing kosong.. tu la, masa tu jd 'culture shock' jap.. so bila dah jadi camni.. hmmm, apa nak dikata, if only i can take back the past..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: