>053 Akaun : buat kerja, ngajor & kelas tusyen

Februari 24, 2009 at 10:38 am | Dikirim dalam my bro n sis, my notes | 2 Komen

>

Beberapa hari ni tak berkesempatan untuk mengarang panjang-panjang. Apatah lagi dalam kepala ni hanya muncul nombor-nombor sahaja, bagai sukar pula untuk menyusun ayat-ayat. Kerana itu entry-entry di blog sejak akhir-akhir ni ade yg ambil orang punya & tampal di blog.. & dok tampal foto ajer.. without further bebelan.

Actually ade beberapa entry yang telah dirancang untuk ditulis & diterbitkan.. tapi masa belum begitu mengizinkan nya. Job akaun yang baru ni, buat jiwa jadi serabut sikit. Bukannyer apa, dokumennya berterabur, tidak bersusun dengan baik.. dan ade dokumen yang tidak di’preserve’ dengan baik ~ sehingga tak nampak tulisan nyer.. ini akan beri masalah bila nak buat data entry.. ishhh deme ni niaga jer reti, nak susun dokumen perniagaan pun tak reti.. memang tensen bila nak siapkan kojer yang macam ni.

Accounting Pictures, Images and Photos

Semalam sempat berchatting dengan seorang sahabat yang jauh nun di selatan tanahair. Sembang punya sembang, dia akhirnya mencadangkan teman agar membuat website@blog mengajar/belajar akaun. Hmm, betul jugak katanya. Takper, nanti teman fikir-fikirkan. Lagipun bila bergabung tenaga & kepakaran dengan sahabat teman tu, mungkin menjadi.. harap-harap gitu lah. Walau apa pun, teman kena menyiapkan dulu koje akaun yang ada di tangan ni.

Hari ni cuaca sangat baik. Insya Allah, sempat lah kering kain baju harap nyer. Hari ahad lepas, dari tengahari hingga ke petang, hujan kan main lebat. Semalam pun hujan juga, tapi tak ler lebat sangat. Akhirnya tidur malam teman lena lah juga.. walaupun seperti biasa, harus terbangun 2,3 kali untuk membuat susu fikri & anis, serta menyusukan Aliya.

Semalam adik teman yang form 4, si A’am datang ke rumah, belajor & buat latihan prinsip akaun. Pada teman memang ‘kacang’ jer.. tapi pada A’am yang baru nak kenal apa itu Kunci Kira-kira & Akaun Untung Rugi. Apa itu debit & kredit.. memang fenin lah dia nak memahamnyer. Lebih lagi pada tahap awal baru mengenal asas prinsip akaun ni. Memang banyak lah yang perlu dihafal, diingati & difahami. Teman dulu pun masa form 4, masa belajor prinsip akaun tu pun bengap juger.. letih cikgu ngajor nak buat catatan jurnal.. sampai SPM teman tak faham, result kuor dapat C3 jer.. huhu. Bila dah masuk matrik baru lerteman faham. So kalo si A’am tu boleh faham apa yang teman ajor & dia ikut tips yang teman beri, kira dia lagi hebat ler dari kakyong nyer.

Ade juga terfikir nak buat tusyen prinsip akaun untuk A’am & kengkawan nyer. Masalah nyer rumah teman ni takde meja untuk belajor.. ish takkan ler nak menerap atas lantai pulak.. huhu. Tunggu le kakyong ade rezeki nanti (payment is coming early Mar 2009, Insya Allah.. harap2 begitu lah..), memang plannyer nak beli meja & kerusi supaya A’am & Ainun boleh datang belajor kat sini dengan selesa sikit. Ainun tahun ni dah nak amik UPSR. Teman ni pun tengah fenin gak ni nak merangka jadual belajo si Ainun ni. Cuma masalah tusyen Prinsip Akaun untuk A’am & kengkawan nyer tu… tak tahu nak letak fees berapa.. Ade gak survey dengan kengkawan yang buat tusyen.. tapi depa kat KL.. gila2 depa punya fees.. RM50-70 per hour per head. Huh, kat Ipoh ni,, nak charge RM10 sejam sekepala pun gamaknyer makbapak budak pikir 10 kali kot.

Buat kojer akaun, ngajor akaun & buat blog belajor akaun.. hmmm… yang terakhir tu masih dok pikir lagi.. takper lah.. dulu kan apa yang patut di dahulukan..

Advertisements

2 Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. >amboi busy nampak, hehe:)

  2. >ha’ah… biasa la che hazia oii.. dah balik mesia ke belum ni.. jgn lama2 kat turki tu.. riso teman kot kamu diculik ker.. hihi.. jaga diri.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: