>047 Anis yang cantik berseri-seri

Februari 14, 2009 at 9:12 am | Dikirim dalam my kids, my notes | 2 Komen

>

Bebebrapa hari ini cuaca memang panas.. panas yang sampai menggigit kulit.. kain di jemuran pun sejam jer jemur dah kering.. panas yang sampai mengundang malas di hati teman untuk menulis..

Apa pun, teman gagahkan juga untuk menulis tentang anak kesayangan teman si Anis Zahirah. Anis, puteri sulong teman, lahir di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan pada 8 Ogos 2007, pada jam 11.52 pagi disambut oleh Dr Raofah dengan nama Allah, Bismillah & laungan Takbir Allahu Akbar, dengan berat 3 kg.

Teman namakan nya Anis Zahirah. Teman memang suka dengan nama Anis.. mula nya teman nak letak nama Nurul Anis, tapi macam tak best ajer.. dan pada masa tu teman suka sangat tengok Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.. bila rujuk dalam buku nama-nama Islam, Zahirah itu maksudnya “yang cantik berseri-seri”. Jadi teman pun letak le nama Anis Zahirah.

Sewaktu mengandungkan Anis, teman teramat suka minum air soya, hingga terpaksa beli pukal air kotak soya yeos. Setiap kali pergi tesco mesti beli 1 karton. Pagi minum, tengahari minum, malam minum, sehari ade dah 3 kotak. Jadi 1 karton cuma boleh bertahan untuk seminggu ajer. Pokok nya memang gila soya & apa juga hasil-mahsul soya, termasuk lah tafufa, tempe. Dan makanan yang paling teman tak gemor semasa mengandung Anis adalah sosej. Bila makan sosej ajer muntah, cium bau nyer jer dah tak leh.

Anis ni sejak dari lahir dia memang kuat menangis. Semasa dalam pantang memang ter’dera’ teman dibuatnya. Sebab nya setiap kali dia lapor, rasa mcm nak pecah satu rumah dibuatnya. Dan dia pulak kuat menyusu. Lepas pantang ajer teman dah kurus.. semasa berpantang Anis teman tak makan apa-apa jamu pun. Cuma jaga makan ajer, tapi idak le berpantang teruk-teruk.. almaklum ler kita dok rumah sendiri, jadi guna ‘common sense’ ajer lah. Kalo nak bercerita hal berpantang ni mahu panjang lebor jadinyer. jadi rasanya teman nulis lain kali ler pasal berpantang.

Anis ni masa dia lepas kena kuning.. kulit nyer legam jer. Masa bersalin putih melepak. Lepas dok bawah lampu.. lampu apa teman tak ingat le plak, tapi baby yang kena demam kuning memang dok bawah lampu tu ler.. kulit nye legam sampai le umur setahun baru le nampak cerah sikit. Satu lagi dia ni, suka memuncungkan mulutnyer.. tengok foto yang pakai tudung tu.. masam jer muka.. tu le ‘trade mark’ dia. Tapi teman rasa hal tu dari teman juger sebab masa mengandungkan Anis, teman senang benor naik angin, asyik nak marah-marah jer.. pastu nangis.. kekonon nyesal ler tu. La ni bila tengok Anis suka muncungkan mulut tu.. aduusss.. nak ku apa kan lagi..

Anis ni yang teman kekadang susah nak ngawal dia sebab dia ni penuh dengan aktiviti. Tak pernah lelama untuk satu-satu aktiviti. kalo tak monitor boleh habis seme laci & lemari (yang boleh dicapainya) berterabur diselongkarnyer.

Satu lagi ‘workstation’ teman pun tempat permainan dia juga.. lagi di marah. lagi dibuat nya. Laptop ibu pun dah pandai tolong ON kan. Dan aktiviti baru yang baru di’explore’ nyer beberapa minggu kebelakangan ini adalah ‘panjat-memanjat’ tingkap bilik. Kekadang riso dibuatnya, takut dia ni jadi ‘hyper’.. sebab sepupu dia sorang pun mcm dia le masa kekecik.

Panjang dah menulis hal Anis ni.. cukup ler untuk setakat ini dulu.

Advertisements

2 Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. >Salam KakYong,Sehat betul Anis tu. Insya Allah akan jadi pejuang Islam yang hebat.Saya pun ada anak nama Anis, tapi Muhammed Anis.Anak saya semua lelaki. Tapi amat bersyukur atas kurnia Allah.Semoga semua anak dan ibu-bapa mereka sehat dan sejahtera.

  2. >salam ayahnde Pengasas,Anis emmang kuat makan & suka makan.. kalo dia tak beraktiviti, mulut dia asyik nak ngunyah jer..masa baru belajar makan umur 6 bulan lebih.. kena suap dia makan mcm anak burung, suap, suap, suap.. kalo tak dia melalak sebb lambat..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: