>040 Orang memberi kita merasa

Februari 6, 2009 at 9:16 am | Dikirim dalam food and beverage, my notes | Tinggalkan komen

>

hari yang selasa lepas suami teman pergi mancing di lombong belakang di kg sri klebang.. area dekat-dekat dengan sekolah agama rakyat kg sri klebang. suami pergi mancing dengan jiran korner lot. suami dapat ikan puyu 5 ekor tapi 5-5 ekor tu suami bagi kat jiran tu.. huhu.. jiran pulak dapat ikan haruan & banyak juga la ikan puyu. teman ni memula rasa terkilan ler juga. ade ke suami ingat teman ni tak reti makan ikan puyu. ishh, teman ni masa dok Changkat Tin (CT) dulu, ikan air tawo apa yang tak makan.. ikan belida, ikan lome, ikan lampam, ikan talapia, ikan betutu (cina panggil ikan hantu), ikan puyu, ikan sepat.. boleh kata seme la teman bedal. tapi yang seronok part menyauk ikan sepat ronggeng.. sauk tu yang sepeselnya buat daripada t-shirt lama. sepat ronggeng tu kalo goreng garing-garing memang sedap.. makan gitu jer buat kudap-kudap.

esok nya, hari rabu.. tengahari suami balik, jiran bagi sepinggan ikan masak sambal. (Foto ada dalam slide.) Ya Allah.. ruper nya ikan puyu semalam. nyesal lak teman ‘cemberut’ semalam.., rupernya rezeki kami juga.. sodap ikan puyu nyer.. isi masih fresh.. sambal nyer pulak masak ala-ala minang. Alhamdulillah, dapat juga teman merasa makan ikan puyu. dah lama benor tak makan ikan puyu.

semalam & hari ni suami dok buat projek mengumpul telor kerengga. kata nya nak buat umpan. hmm, nak mancing lagi ler tu. dah pesan kat suami, kalo g mancing lagi, kalo dapat haruan tu, simpan ler, boleh bagi kat mama amira. mama amira ari tu bersalin c-sec.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: