>039 Cucu baru makbonda

Februari 4, 2009 at 8:01 am | Dikirim dalam my bro n sis, my notes | 4 Komen

>

semalam kami ke hospital raja permaisuri Bainun, melawat mama amira & cucu baru makbonda. kami pergi lepas zohor, semalam cuti umum di perak, jadi masa lawatan dari jam 12 tengahri hingga 7 malam. masa kami sampai makcik (mak mertua kebet), yanti & ina (adik-adik ipar kebet) pun ade sana.

bila tanya kat mama amira, “dah ade nama ke baby nyer?” mama amira kata “tanya dengan kakak (amira)?”

amira dengan bangga nyer beritahu “nurul qistina batrisya” amboi sedap nyer nama.. eh teringat plak entri kakluna pasal 2 qistina tu. apa maksudnya yer.. sempat la tengok dalam buku “2002 nama-nama Islam untuk putera & puteri generasi madani”. Qistina maksudnya ‘keadilan’. Batrisya juga ‘keadilan’. kalau Batrisyia maksudnya ‘cerdik & pintar’. hmm, mungkin boleh cadangkan pada kebet ubah sikit ejaan nya.

makcik (opah amira) cadangkan letak ‘Nur’ instead of ‘Nurul’, tapi amira kata nama baby mesti sama juga dengan kakak.. yer lah. nama penuh amira ~ nurul amira syafika. okay lah tu, bior le sepadan adik-beradik.

ni ade lagi foto-foto yang diambil semasa di wad.. mama amira koje gomen jadi dia dok bilik yang berkongsi 2 orang jer. ade sinki dalam bilik tu. teman teruja dengan sinki tu, besor kan main.. aliya pun boleh mandi dalam sinki tu. hihi..

satu lagi foto katil.. just wondering ntah sejak zaman bila la katil tu.. katil tu dah le tinggi susah nak naik.., terutama yang katik macam teman ni.. kalo takde kerusi memang payah nak panjat. teman masa bersalin kan fikri dulu nyaris jatuh dari katil ni. mujur orang sebelah & orang katil depan tolong.., kalo tak tak tahu ler.. dulu ingatkan katil tu boleh adjust ketinggiannyer.. rupernya idak..

btw, tahniah untuk kebet & ila (mama amira) atas kedatangan orang baru. semoga bertambah ceria dan moga Qistina menjadi anak solehah kebanggaan semua.

Advertisements

4 Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. >alahai comelnyerrr baby! tak de extra ke kakyong? teman nak sorang!

  2. >erisya..tak dapek la teman nak nolong ni.. :)memang seronok bila ade anak2 kecil di rumah.. meriah rasa rumah.. tp bila dah berderet cam teman ni pelbagai ‘perisa’ ade… hihi

  3. >aduh…tahniah ler banyok2…teman ni ntah biler..teman dah lame nak tambah anak…

  4. >salam.. idzaRis79salam kenal.. salam ukhwah,Insya Allah, ade ler nanti rezeki dari Allah..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: