>036 Di serang anai-anai

Januari 28, 2009 at 5:29 pm | Dikirim dalam my notes | 4 Komen

>

Ahad lepas semasa tengah dok kelamkabut cari isi ubat nyamuk plug-in (suami teman ni suka letak barang merata.. teman le yang selalu sakit jiwa bila mencari nyer).. tup tup lain pula yang dijumpa. Anai-anai dibalik buku-buku di meja tulis… uwaaa.. bila masa plak ni.. banyak kan main plak tu.. abis ler meja tulis teman. Sejak dari bulan lepas lagi teman dok ‘bising-bising’ kat suami supaya bawa keluor meja tulis tu, senang teman nak buat koje kat ‘hall’ @ ruang tamu. Tapi tangguh punya tangguh.. jadi makanan anai-anai sudahnyer..

Hari senin pagi tu, suami pun buat operasi, bawa keluor semua buku-buku, majalah & segalanya yang bertambun atas meja tu. Lepas dah tarik meja kuor ke laman rumah, rupernya rak buku pun diserang nyer juger. Tengok le foto-foto yang sempat teman ‘snap’. Ade gak adegan yang tak sempat di’snap’, terutama masa suami leraikan meja & rak buku. Tau-tau jer, bahagian yang tak leh pakai suami dah humban kat area kebun kelapa sawit. Yang masih elok pun bahagian atas meja tulis, itu pun jiran sebelah korner lot mintak, nak buat reban ayam hutan. Jadi, tinggal kenangan ajer la meja tulis & rak buku teman tu. Rak tu seingat teman beli di Makro (la ni takde dah makro, now TESCO Extra) masa tu ade promosi RM18 satu set. Teman beli 3 set. Yang 2 set tu masih ade lagi kat rumah mak. Meja tulis pulak teman beli kat kedai perabot di Loke Lim, masa tahun 2003 dengan harga RM90. Tu ler antara harta masa bujang teman.

Koje suami dah selesai hari senin tu, tapi koje teman nak ngemas buku-buku & majalah-majalah tu, belum mula pun lagi. Siang tadi ade le ngemas-ngemas sikit. Terjumpa plak majalah Editor Suria Janib.. hihi.. berkarat juga otak teman dulu dengan isu-isu politik ni. Hmm majalah Tamaddun pun ade. Lama dah teman tak baca majalah-majalah politik ni, rasa2 macam majalah Tamaddun ni dah takde jual. Ish ntah ler, penin pala nak mikir. Yang penting koleksi-koleksi yang teman ade ni masih lagi dalam keadaan baik & masih boleh dibaca, walaupun terbitan tahun 2000 & 2001.

Majalah yang lelain tu banyak juga jadi korban anai-anai.. antaranya majalah keluarga seri dewi, pengantin, mingguan wanita.. kebanyakannyer majalah ni teman beli yang 2ndhand di pasar malam.. kalo beli yang original, mahal kan main.. cth majalah pengantin RM10, yang 2ndhand boleh dapat RM4 @ 3 jer.. Tapi sejak 2 tahun ni teman pun dah jarang beli majalah. Yang dok baca dalam internet pun tak tercover.. buku-buku yang dibeli setahun lepas pun ade yang masih belum dibaca..

Lepas ni kena la jimat-jimat sket untuk beli meja tulis, yang penting rak buku kena beli dulu.. ni pun 3-4 bulan lagi ler kot baru ade nampak harapan.. Takper le buat sementara buku-buku yang elok lagi, teman longgok dulu kat hall. TV letak kat bilik tengah, bior jer situ.

Moral of the story, lepas ni rajin-rajin le ibu ngemas bilik-bilik yer.. jangan ngemas apa yang nampak ajer. Huhu.. Insya Allah, akan dicuba.. letih ler ngurus rumah ni.. kojer ofis dulu pun takde ler letih macam ni. Apa nak buat, ni ler nama nyer hidup, kalo malas baik toksah jadi orang.

Anai-anai tu datang dari 3 punca dibalik lantai bilik tengah. Petang tu perasan si anai-anai dok mari lagi.. nampak basah & hitam jer tanah baru (sarang) yang dibuatnyer. Suami bersih & buangkan sarang-sarang baru tu & dalam tiap lubang tu dimasukkan minyak hitam. Minyak hitam kereta tu ler.. tak tahu ler banyak mana yang suami bubuh, ALhamdulillah.. sehingga ke saat teman nulis ni, memang takde lagi nampak bayang anai-anai nyer, tapi kena berwaspada juger le. Mana tahu tetiba muncul lagi.

Advertisements

4 Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. >Salam KakYong,Ubat yang paling mujarrab untuk hapus anai-anai ialah letak sedikit gula di tempat-tempat tertentu supaya banyak semut hitam. Insya Allah, anai-anai cabut lari entah ke mana?

  2. >salam ayahnde Pengasas,gitu ker.. boley dicuba ni. tadi masa kemas2 bilik tgh tu perasan macam ade lagi sarang anai-anai kat bawah pintu bilik.. huhu..

  3. >kalau dah kena serang anai2 ni memang payah…takut maklang dengar, pulak rumah maklang dibuat dari kayu…jangan lah anai2 jumpa…selamat berkemasye kak yong…:)

  4. >salam maklang..kalo rumah dibuat dari kayu yg bkualiti like cengal ke merbau ker.. tak berani kot anai2 nak serang.. tp rumah saya ni teres setingkat, lantai tiles.. tp kuat juga anai-anai tu korek semen tu.. sebelum ni (tahun lepas) bilik tengah jiran sebelah diserang anai-anai.. & bilik tengah kami pun memang bersebelahan .. gamaknyer amik masa setahun jugak le kot anai2 tu nak migrate ke rumah kami..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: