>026 Aliya hampir 6 bulan..

Januari 14, 2009 at 12:39 pm | Dikirim dalam my kids | 2 Komen

>

Sehari dua ni teman rasa agak tegang@stress, mungkin sebab sibuk dengan anak-anak dari pagi sampai ke malam & suami pulak kurang membantu. Rasa macam nak bawa diri sorang-sorang, “going somewhere which i spend on my own with a peace of mind”.. if only i can do this. Hoping.. hoping…

Bila dah ada rasa tegang dalam diri ni, macam susah nak kawal marah.. tu pun jenuh Istigfar & amik wudhu’, bila tak tahan – menjerit juga dibuatnya bila anak-anak tunjuk perangai yang macam.-macam. “Ya Allah, kuatla hati hambaMu ini.” Saper kata hanya kerja di office ajer yang buat orang stress, teman dok rumah ni pun kena juga penyakit stress..

Aliya.. aliya.. anak teman yang no3 ni. Lately ni, banyak benor ‘demand’ nyer. Mungkin kot sebab teman sekarang ni dah sepenuh masa di rumah, jadi aliya ni ‘demand’ nyer lebih daripada abang fikri & kakaknyer anis.

Sejak akhir-akhir ni tak boleh nak tinggal kan dia sorang-sorang. Walaupun sekejap, dah melalak sekuat hati. Kalo bagi dia mainan pun, dia cepat jemu.. tak macam fikri & anis. Depa masa baby dulu, kalo dah bagi mainan & tinggalkan atas tilam di ruang tamu.. depa main jer. Layan ler diri sorang-sorang. Takde pun nak merengek-rengek & nak ibu sentiasa ade depan mata. Masa dok berkumpul reramai hari tu, susah benor makcik-makciknyer nak amik @ pegang dia. Melalak sesajer.

From Atok balik

Sekarang, aliya dah pandai menjulur.. Anis dulu dah 6 bulan lebih baru nak menjulur, anis lebih banyak berguling-guling bila nak bergerak sekitar rumah. Tapi Aliya ni teman perasan hanya sehari jer dia berguling-guling. Hari berikutnya, dia dah mula nak angkat punggung & mula menolak badan nyer ke depan.. la ni dah rata dah ‘jalan’ keliling dalam rumah. Tu yang teman kena selalu mop lantai, sapu lantai.. takut kalo ade yang dikutip masuk mulut. Memang ler kena kojer lebih sikit, tapi nak buat camaner, dah adat anak-anak kecik lagi. Kekadang tu bagi dia ronda guna walker jer. Kalo dalam walker memang lebih luas la capahan nyer.

From Anak-anak 2009
From Anak-anak 2009
From Anak-anak 2009

Memang la kerenah anak-anak yang memacam buat jiwa tegang.. tapi anak-anak juger la yang menenangkan jiwa. Hmm, banyak lagi yang teman kena belajor ni..

Advertisements

2 Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. >Salam ziarah,Terima kasih kerana sudi singgah di blog mountdweller.Tentang anak dan stress tu, bawa bersaborlah kak yong. Dalam bab ini saya dan isteri agak bernasib baik. Allah kurniakan kami dua orang anak saja dan kedua-duanya tidak banyak kerenah.

  2. >salam..sekadar mencari pengisian.. ‘escapism’ @ melarikan tumpuan seketika daripada stress r/tangga.. Insya Allah, mungkin ada manafaat yang boleh teman pelajari…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: