>024 Sempena atok balik ke Ipoh – part 1

Januari 11, 2009 at 4:34 pm | Dikirim dalam food and beverage, my notes, my parents | 2 Komen

>

Ahad, 11 Januari 2009

Pepagi lagi dah sms makbonda, bertanya pukul berapa nak bertolak dari Kepong. Kata nak bertolak pagi, rupernya pukul 2 petang baru depa bertolak dari sana. Sms pulak pada E, dia balik hari atau bermalam dia Ipoh. Kata E, esok baru balik semula ke Kepong, hari ni bermalam di Ipoh. Kalo bermalam di Ipoh, maknanye bermalam di rumah teman ler. Mana ke lagi depa nak tuju, kalo bukan rumah teman. Sebelum depa bertolak tu, sempat la teman bertanya, nak singgah rumah teman makan ker. Kata E tak payah sebab depa dah bawa bekal. Mak pulak sms, kata nasi banyak, jadi tak payah masak nasi banyak, lauk ajer yang tak ade.

Mengemas bilik belakang & bilik tengah

Hmm, kalo tak kerana depa nak balik & bermalam di rumah teman, jawabnya memang berselerak ler dua-dua bilik tu. Katil bilik belakang tu memang ‘port’ untuk kainbaju yang belum berlipat. Semalam memang teman dah melipat kainbaju, cuma belum disimpankan ke dalam almari ajer. Jadinyer kojer mengemas hari ini idak le banyak benor nak dibuat. Teman cuma simpankan kainbaju yang dah berlipat ke dalam almari-almari, yer ler almari kainbaju teman, almari kainbaju anak-anak teman. Kemudian tukor cadar katil belakang, tukor semua sarung bantal. Bagus juga bila ade ‘external force’ macam ni, gamak nyer tentu sentiasa kemas rumah teman kalo sentiasa ade orang nak datang rumah.

SmileyCentral.com

Bilik tengah ini pulak, suami yang tolong kemaskan. Dulu bilik ni teman buat pejabat sementara teman. Sebab tu ler ade meja tulis & rak buku. Tapi sekarang ni dah jadi bilik anak-anak tidur. Depa tidur atas tilam jer. Tido lesak, jadi malas lagi nak beli katil.

Melayari internet

Tengahari tu, sempat juga teman melayari beberapa laman blog. Antara yang menarik perhatian teman & teman memang lama di blog nyer adalah ‘Catatan santai‘. Teman terpesona dengan pokok-pokok kiwi yang ditanam nya.. itu baru sikit teman tengok, belum lagi pokok anggur dan pokok sutera dan ntah apa lagi yang ade dilaman blog nyer tu. Insya Allah, gamaknyer lepas ni teman akan jadi ‘pengikut’ beliau dan kalo ade peluang teman pun teringin nak belajor nanam pokok anggur & kiwi. Mana lah tahu, boleh menghijaukan laman rumah teman yang kecik ni. Selain lama di blog tersebut, teman ade le juga jenguk-jenguk laman pasal citer-citer politik terkini. Sajer la nak amik tahu serba sedikit. Ade le juga teman upload lagi foto-foto anak-anak ke picasa web album.

Menu hari ini

Memandangkan depa kata depa bawak bekal, jadi teman ingat tentu depa singgah memana makan bekal yang dibawa. Suami teman pulak dah pukul 12 tengahari baru dia kuor pergi cari aweh-aweh untuk menu hari ini. Sejam kemudian dia balik, banyak juge le yang dibelinya, ayam sekor (mujur dah dipotong kecik-kecik, senang sikit kojer teman), keateaw 2 bungkus, kucai, daun sup, kobis cina, buah tomato, putik jagung & juga sawi. Hmm, jadi menunya nanti keateaw goreng, sup ayam & sayur campur. Ikan pekasam ade lagi 2 bungkus dalam peti ais. Boleh la tu.

Masa teman tengah dok bertenet tu, sempat la suami teman membuat ‘coleslow’. Sambil-sambil dok tengok tv, anak-anak dok ler ngadap ayahnya yang dok menyagat lobak merah & kobis.

Lepas asar baru le teman masuk dapur menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Memula masak sup ayam dulu. Pastu siapkan bahan-bahan untuk buat keateaw goreng. Hampir pukul 5 .15 petang, mak antor sms kata dah kat Kampar. Masa depa sampai, memang ngam-ngam keateaw goreng siap. Pekasam pun dah siap digoreng & sambal belacan pun dah siap suami teman buatkan. Haa, suami teman memang pande buat sambal belacan. Terangkat kalo dapat pekena sambal belacan suami teman.

menu tuan rumah : keateaw goreng, sup ayam, ikan pekasan & sambal belacan, kecuali roti bakar

Pukul 6 lebih baru ler atok, opah & rombongan dari Kepong sampey. Anak-anak teman berkejor ke pintu pagor.. macam rindu benor kat atoknyer

Aliya pulak terpinga-pinga, tetiba ajer rame orang datang ke rumah nyer. Bila atok nyer nak amik dokong, dia melalak semahu-mahunyer. Gamaknya dah lame benor nak tengok atoknyer, kali terakhir pada 16 November 2008, masa tu Aliya pun baru aje 4 bulan.

Lapor rupernyer depa. Dari Kepong tak singgah memana. Haha, ni memang dah nak serbu ajer ni, jadi suami teman cepat-cepat siapkan hidang, bawa semua ke depan. Bekal depa – nasi, keateaw goreng (juger), petai (ayahnde beli kat temoh). Sempat juger ler makbonda teman merebus petai untuk ayahnde, dalam dok kelam kalut nak siapkan hidang.

Dah lama tak berkumpul reramey macam ni, sonok pulak. Teman sonok mengamik gambo jer.. sampey lupa nak makan. Sonok dok tengok telatah depa makan, memang betui-betui lapor. Iyer ler dari pukul 2 petang, pukul 6.30 petang baru dapat makan.

– bersambung..

Advertisements

2 Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. >Salam,Seronok betul bila ramai bersama keluarga. Itu sebab dosa besar kalau putus silatur-rahim.

  2. >Alhamdulillah,tu baru beberapa kerat jer adik-adik yang berkumpul.. belum semua lagi.. kalo semua.. mahu gamat dengan kerenah cucu-cucu makbonda & ayahnde..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: