>014 lapang nyer fikiran

Disember 30, 2008 at 4:38 pm | Dikirim dalam my notes | 1 Komen

>

30hb Disember 2008.

Hari ni, rasa macam ‘kosong’ pulak.. selalunya, untuk 4 bulan kebelakangan ni, hidupan harian memang sibuk gila-gila. Rasa macam terkejar sana, terkejar sini. Tapi hari ni, dalam pukul 10 pagi, kerja-kerja rumah yang utama seperti mandikan anak2, sapu lantai, mop lantai, gantung kain baju.. semua nya hampir selesai.
Agaknya sebab fikiran dah lapang sebab tu la laju jer siap kerja-kerja nyer. Lepas habis tu, melepak dan melayan anak-anak sambil tengok tv. Hampir pukul 11 pagi, bosan la pulak. So bawa anak-anak dok kat laman, terasa pulak nak boh baja daun untuk pokok-pokok di mini garden kami. Haha, sian pokok-pokok tu, kurus kering.. tuannya selama hari ni buat endah tak endah jer. Memandangkan kerja akaun yang baru pun belum tentu bila akan dapat, jadi kena lah teman merancang-rancang apakah projek yang hendak dibuat untuk mengisi ‘ruang-ruang kosong’..

okay.. let’s brainstorm..

1. berkebun – jadikan daily habit

2. buat kuih @ kerepek2 goreng, pek dalam plastik kecil. Boleh juga letak kat rumah mak. sambil mak jual nasi lemak, jual le sekali kerepek teman.
3. cat rumah – nak cat hall, grill sliding, pintu pagar & tembok kat laman… tapi yang ni kena ada modal.. so yang ni kiv dulu sampai teman dapat payment dari kerja akaun yang baru siap tu.
4. tulis blog on daily basis – hmmm, ni kena la selalu banyak idea.. nak tulis pasal apa?!! takkan nak tulis daily life.. ok, boleh diikhtiarkan.. as long mesti tulis sesuatu yang menarik…
5. buat cross-stitch – crossstitch lama pun banyak yang terbengkalai tu, tapi payah sikit ler kalo anak-anak kaco..

6. reading – haaa, boleh le start reading dengan anak-anak.. lagipun buku-buku banyak..

7. what’s else yer… dah banyak juga yg terkeluor dari minda ku ini.. at least there is still a lot of something to work out…

Malam tadi, last menyiapkan kerja-kerja akaun. Printing report dan GL, serta report2 kewangan yang berkaitan. Malam tadi juga minta dikla pergi tolong buat ‘comb-binding’. So, malam tadi, kotak berisi fail-fail dan dokumen-dokumen yang berkaitan, semua nya sudah disusun dan dikemaskan. So sepanjang hari ini, menanti Akram datang untuk collect semua dokumen-dokumen tu. Tapi tunggu punya tunggu, bayang Akram tak nampak-nampak. Pulak tu, petang tu hujan lebat seperti ribut, mujur le takde bumbung rumah yang ‘terbang’ di kawasan perumahan kami ni.
Advertisements

1 Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. >Amboi, produktifnya…. Selamat tahun baru:)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: