>008 Abang fikri sudah lulus latihan ke tandas

November 28, 2008 at 11:07 am | Dikirim dalam anak-anak, nota ibu | Tinggalkan komen

>

Alhamdulillah. Latihan ke tandas untuk abang fikri sudah ibu mulakan pada minggu ke-3 Oktober 2008. Sebenarnya tidak lah banyak masalah sangat sebab abang fikri sebenarnya sudah banyak ‘belajar’ daripada haris. Haris adalah anak saudara, anak kepada E. Ibu perasan yang abang fikri sudah banyak kali memerhatikan haris pergi ke tandas, buang air kecik sendiri. Kemudian haris pakai seluar ajer, tak pakai ‘diapers’ pun. Pada Oktober lepas, haris sudah pun mencapai usia 3 tahun 4 bulan. Sejak usia 2 ½ tahun lagi abang haris dah tak pakai ‘diapers’, walaupun pada waktu tidur malam.

Latihan ke tandas untuk abang fikri kalau di bandingkan dengan haris, memang abang fikri agak terlambat. Bagi ibu, kalau awal sangat ibu mulakan latihan ke tandas untuk abang fikri takut abang fikri asyik kencing atas lantai ajer. Iyer lah bila dah nak kencing sangat baru nak bagi tahu. Susah lah ibu nanti, sebab ibu masih ade Anis dan Aliya untuk dijaga. Tak terkejar ibu dibuatnya nanti.

Penghujung November ini abang fikri akan genap 2 tahun 9 bulan. Sekarang ini abang fikri dah tak perlu pakai ‘diapers’ pada waktu siang. Cuma pada waktu malam ajer, itu pun bila dah sampai masa nak tidur. Selagi tak itu tak perlu pakai ‘diapers’. Pernah satu malam tu, ibu terlupa nak pakaikan ‘diapers’. Masa tu sudah hampir 2 pagi, ibu masa itu masa lagi depan laptop surfing internet serta membalas email kawan-kawan. Tetiba terdengar bunyi orang tergesa-gesa masuk ke bilik air, kemudian dengar bunyi orang buang air berdiri, kemudian air dijirus beberapa kali ke lantai. Ibu ingatkan ayah, hahahhahaa.. bila ibu pergi jenguk.. la ruper-ruper nya anak jantan ibu. Hmm, dah boleh diharap tidur malam tanpa ‘diapers’. Walaubagaimanapun ibu tak mahu ambil risiko, yer la kalau abang fikri kencing atas tilam.. jenuh juga nak menjemur. Sudah la sekarang ni musim hujan.. waktu panas hanya disebelah pagi.. limited sangat masa untuk tilam kering.

Apapun ibu gembira abang fikri dah pandai buang air kecil dan air besar di bilik air. Paling best bila abang fikri dah nak duduk atas ‘toilet bowl’ untuk buang air besar.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: