>si pengCAPTURE 50505

Februari 3, 2011 at 11:23 am | Dikirim dalam nombor bertuah | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Maaf ya, hari ni lambat sangat2 bersiaran… sebabnya :

  • keletihan… semalam balik kampung, ni memang takde plan2, tetiba je makbonda ajak balik (esok lah yer full n3).. jadi semalam dari jam 11 pagi hingga tengahmalam, ibu memang tak online.. tengahmalam online jap sebab nak semak email.. buat kerja design sikit & tengok sapa yang berjaya capture nombor berTUAH 50505
  • pagi2 ni.. lewat pulak bangun.. sedor2 dah jam 9 pagi kome.. *mujur le tengah dok kibar bendera jepun*.. 
  • sebaik usai masak nasi goreng.. en ayah tetiba teringat nak kemas bilik tengah.. bilik ni gelap kome.. lampu dah KO.. jadi berbulan takde lampu… en ayah le yang dok tangguh nak beli lampu.. 
  • rupa2nya.. ANAI-ANAI menyerang lagi.. udoh bersarang bagai.. maka apa lagi.. operasi pun terpaksa la segera dilancarkan… ni pun esok lusa la ibu sambung.. mujur le dokumen @ fail2 akaun client selamat… kalo dak mau menangis tak berlagu ibu dibuatnya…
so, ibu umumkan pemenang yang berjaya capture nombor bertuah tu… 
Telah berjaya di CAPTURE oleh Ita @ Zunate http://zuneta-love-corner.blogspot.com/

 >>> ibu nak hadiahkan 1 header untuk Ita.. sila emailkan butiran nak header camno yer.. nak letak gambor apa… nak font apa dsb.  <<<<

Sorang jer kali ni kome… heheheh… senang le, tak fenin2 pala ibu.. tapi masa Ita capture tu ade 5 orang yang sedang online… jadi kot2 le ade yang email tapi tak sampai ke inbox ibu.. sila email sekali lagi yer.. ibu dah semak spam box.. memang takde lagi lagi email berkaitan 50505 ni.. 
p/s
1. kelmarin ade terima 3 kiriman.. nanti ibu update yer…
2. Insya Allah, lewat petang sikit, jika takde apa hal… ibu akan balas komen & BW… 
salam bahagia & selamat bercuti panjang,
.

>48888 dah muncul & sudah ada pemenang

Januari 17, 2011 at 8:10 am | Dikirim dalam nombor bertuah | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Nombor bertuah 48888 telah muncul lebih kurang jam 11.14 pagi semalam. Maaf le sebab lambat update, plannya nak update petang semalam.. tapi ibu keletihan. Jarang kali tidur petang tapi semalam terlena pula semasa nenen kan Aliya.

Lewat petang hampir jam 6, anak2 ajak ke taman.. ikut kan hati memang malas, tapi kesian pulak anak2.. maka main2 kat taman dalam 20 minit, pastu gerak g rumah opah.. hampir maghrib baru kembali ke rumah.
Malam pulak.. ibu dah rasa cam letih bebenor.. jam 10++ online kejap tapi tak leh nak bertahan..  ** dalam penat tu tetiba tersilap edit n3 pulak.. terDELETE n3 yang berlog membuang masa… uwwaaaaa… nangis tak berlagu.. dah le tak leh ‘undone’.. jumpa back-up n3 dalam email.. tapi kan komen semua takde lah.. nanti ibu nak jawab komen, memang kena retrieve dari Intensedebate… tu la ken kali jangan buat koje kalo dah letih sangat, hilang fokus jadinya… **  sudahnya terus rebahkan diri http://www.emocutez.com hingga ke subuh..  hehhehe… panjang la explanation.. bukan excuse tau.. ibu ni sebenarnya bukan jenis tidur petang & memang selalu energetik.. tapi ade masanya kalah juga.. kederat tak terlawan dengan segala macam nak buat.
Jadi, ibu umumkan si dia yang berjaya capture no. 48888 ni adalah …
Pemenangnya adalah Cik Puan Aslinda aka kakngah.
Nak ajak minum Sphyru coffee dengan Aliya, payah le pulak kan.. jadi tunggu yer ibu poskan.. jangan lupa beri alamat yer…

dan ade hadiah bonus untuk seorang lagi.. yang juga gigih mengejor nombor 48888..

Buat Aisha.. ibu nak hadiahkan 1 customize signature.. itu pun kalo sudi lah..     sebagai tanda penghargaan. 

p/s

1. hadiah untuk 3 yang bertuah bagi GA teka & menang – minggu ni baru nak pos.. harap maaf dia atas kelewatan

2. hadiah untuk 4 peneka yang terer.. pun belum siap lagi.. harap dapat beri sedikit masa yer untuk siapkan cross-stitch bookmark tu…

3. Anne dan Noor belum lagi claim customize signature

4. Aten – belum claim 1 ruang iklan

5. dah terima hadiah dari Syamila.. tapi masih tak sempat lagi nak buat n3..

>48888 dah dekat

Januari 14, 2011 at 8:04 pm | Dikirim dalam nombor bertuah | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

48888 akan muncul sepantasnya mungkin esok… Confused smile  btw, dah dekat dah ni… lepas maghrib tadi tinggal lebih kurang 159 UV lagi… so most probably esok pagi kot…

Siapa jua yang berjaya capture nombor tu.. Aliya nak jemput minum sama-sama… Winking smile 
Nanti ibu pos 2 sachet Sphyru coffee… Thumbs up Red rose Red heartGift with a bow

Smile  Open-mouthed smile Smile with tongue out

salam kasih sayang buat semua,

>siapa yang berjaya capture 46666?

Disember 21, 2010 at 2:22 pm | Dikirim dalam nombor bertuah | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Pepagi tadi  sesudah subuh tak sempat2 dah, teruja nak buka lappy.. nak tau sape yang berjaya capture nombor tu.. sebabnya malam tadi ibu tidur awal.. jam 10 malam lebih ibu dah baring2 sambil paksa anak2 tidur.. cehhh, kekononnya nak baring jap jer.. sudahnya ibu rasa malas pulak nak online… jadi layan tidur sampai jam 5 lebih.. pukul 4 pagi tu dah terjaga masa en ayah nak kuor pegi niaga.
Sebaik dibuka email… non-ado…. takde pun email yang related dengan 46666 ni… huhuuu, betul ke takde yang capture ni…  Confused smile Nyah-Nyah  tengok kat spam folder pun takdo… ehhh, ade masalah ke dengan gmail ni…
So buat la n3  pasal bubur asyura & 4 hero MakTeh Ani… dalam 11++ am tadi, dapat komen dari Miza Yusuf yang dia berjaya capture no tu… ooohhh, ado ruponyo… 
miza46666

Ni dia printscreen nya.. pada masa yang sama tu ade 2 orang yang online… siapa kah seorang lagi tu…. cepat mengaku….!!!! Smile with tongue out

Ibu tunggu sampai jam 8 malam ni, jika tiada yang email untuk maka hadiah 2 sachet susu kambing higoat adalah milik Miza Yusof.
Update jam 9.10 malam
~ tiada email baru yang diterima @ tiada yang respond..bermakna hadiah ni MIZA yang punya..
Miza ~ sila emailkan alamat yer… 


p/s
pas ni no 48888 pulak yer… Winking smile  

salam kasih sayang buat semua,

>Si pengCAPTURE 45555 – part 1

Disember 8, 2010 at 8:14 am | Dikirim dalam nombor bertuah | Tinggalkan komen

>Salam bahagia dan salam ceria,

Tengah malam tadi.. actually awal pagi dalam pukul 1 tu.. punyalah ramai yang menerjah untuk capture nombor bertuah… dah 2 kali dah nombor bertuah ni muncul di tengah malam.. huhuuu.. Gigih sungguh kawan2 yang mengejor ni…

Actually masa pukul 1 pagi tu ibu belum tidur lagi.. sebab sibuk dok edit gambar.. sambil jalan2 ke beberapa blog GA. Winking smile  Biasalah kan.. akhir2 ni menghibur hati dengan join GA.. tak salah kan.. walau tak sapu bersih, tapi ade le juga terselit di mana-mana..
dan ibu sempat lah printscreen no 45555 tu…
45555-ibu
Time ni ade 6 orang tau yang online… dan ibu terima lebih daripada 6 email.. ade juga email yang tersangkut di folder SPAM…  mujur la ibu jengah semua folder..

Ada yang dapat capture lebih awal dari ibu ni tau.. nak tahu.. tunggu ya… heheh… sajer je nak nak bagi semua bersabar.. bukan apa, sebab lebih dari 5 kan.. jadi kena buat penilaian dengan telus. Smile with tongue out

Yang penting, mesti ikut syarat.. printscreen seperti contoh & tidak diCROP di mana2 bahagian.. dan pada jam/masa yang terawal… Siapa yang bakal terpilih.. TUNGGUUU…. Be right back
hadiahnya.. kali ni >>> macam biasa jugak lah, samada nak signature atau watermark. Kalo tak mau dua-dua, ibu kasi 2 peket susu kambing higoat.  Winking smile
dan pada jam 1.22 pagi ade 11 yang sedang online… huhuu.. pastu ibu terus off lappy.. mata ibu dah tak leh nak buka dah…
45556-ibu
Mesti ramai yang kaciwa ni.. Insya Allah.. coming soon 46666 pulak….
p/s :
 Kak limah terjah rumah ibu hari ni… tunggu ya next entry..
salam kasih sayang buat semua,

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entri-entri dan komen feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.