>Hasil jahitan semalam… gigih menjahit sampai tak ON lappy

Ogos 18, 2010 at 8:41 am | Dikirim dalam jahitan ibu, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam hari rabu dan salam bahagia buat semua,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Apa khabar kalian.. hari ni sudah hari ke 8 berpuasa.. bagaimana misi Ramadhan kalian? semoga semuanya berjaya mencapai nya & dilaksanakan dengan penuh keazaman.

Semalam memang ibu tak ON lappy dari jam 10 pagi… gigih menjahit.. lepas Isyak baru terhegeh2 nak ON lappy , check email dan buka blog… maaf ya.. memang ibu tak sempat nak BW..

Ibu cuba ganti BW hari ni.. sebab hari ni tak menjahit.. hanya nak potong kain jer.. & nak update akaun sikit.. bila nak update akaun.. maka memang kena ON lappy.. bila dah On lappy tak sah kalo tak buka email & blog..

ni dia jahitan #6.. peasant dress untuk Anis… yang ni belum siap sepenuhnya.. getah belum boh lagi kat bahagian leher & tali pun tak letak lagi..

bila aliya yang pakai.. jadi dress labuh.. hmmm, x sesuai lah utk aliya.. sebab leher luas & body tu agak panjang… nanti ibu jahit lain untuk Aliya ya...

ada gaya tak.. hahaha.. susah sungguh nak suruh dia buat gaya ala2 cekak pinggang.. masa pakai ni pun versi belum siap sepenuhnya..

ni gaya model nak memanjat pulak… versi ni dah ade tali.. tapi silap plak ukuran.. jadi pendek plak talinya.. x leh nak buat reben pun… 

Peasant dress ni plain jer.. maksudnya takdak assesori la.. sebab ibu pun memang belum ada aksesori kraft like butang, reben ready made, bunga ke.. sebab ibu ni bukannya kreatip sangat…  nak buat reben dari kain pun tak reti lagi.. kena rajin2 cari tutorial.. amik masa sket lah nak belajar benda ni sendiri-sendiri..
close up sikit.. boleh la ikat setengah reben..

Ibu suka kain/fabrik ni.. ibu beli RM10 jer 1 meter (stock terakhir kat Nagoya Station 18.. nak 2 meter, tapi ade 1.6 meter jer..) … kain lembut.. anis dah bawa main lari2, golek2 pun masih tak berkedut seribu… untuk buat dress Anis ni, ibu guna 3/4 meter kain bidang 45″.

Kalo ibu jual dalam range RM18-20 (ikut saiz anak lah yer – tapi kain yang rate setara dengan Anis punya ni lah.. kalo printed cotton @ kain yang lebih mahal.. takdaya lah nak jual RM18.. hehee)… ade ke orang nak beli.. hahahha.. berangan jap… kot2 lah boleh kumpul model untuk beli mesin jahit jenama Brother yg rege RM500 tu… tak pun Singer yang rege RM1k… 

Mesin jahit cumil ku tak meragam plak kali ni.. smooth jer sepanjang proses jahitan.. ;)  mesin murahan tak sama macam mesin ribuan $$$.. namun sudah mampu buat ku tersenyum dengan hasil jahitan yang sudah terhasil..
hai.. cumil tak saya.. kecik pun berjasa tau…
Mesin cumil jadi tak banyak lah function.. tak leh nak jahit zigzag dsb.. pokoknya hanya jahit lurus sahaja… kain tebal pun tak leh nak jahit sangat, nanti jahitan asyik melompat-lompat jer… 
MakNgah Miela.. percaya ke dengan kakyong nak jahit peasant blouse Qis ni… lepas dah tengok mesin jahit ni… hihiiii…

Gorjes... mesin cumil ni leh jahit gaun 5 tingkat tau.. belum cuba belum tau… hihiiii.. 

btw, Ibu nak beri kredit pada pija.. sebab mesin cumil ini dibeli hasil dari sumbangan projek itu. Terima kasih semua… (sampai hari ni .. masih bergenang air mata bila sebut pasal sumbangan dari kawan2 blogger..) tak terbalas jasa kalian, buat kalian yang telah bermurah hati.. ibu sangat hargainya… cukup lah ibu katakan.. sumbangan itu memberi erti sesuatu dalam diri ibu… “dari TIADA kepada ADA…”
ni projek jahitan pemegang untuk periuk/kuali time masak… jahitan tak kemas.. sebab kain agak tebal.. jahitan jadi melompat-melompat.. luor jer nampak cam cantik.. dalam tu ibu guna kain dari baju anak2 masa baby (baju2 pun dah lusuh sangat2.. nak bagi kat orang pun segan..)

nota :

Hari ini dan semalam tiada n3 masakan juadah berbuka.. nanti lah ibu kongsi.. banyak n3 nak update.. termasuk n3 penaja Giveaway Hari Raya.. tapi asyik rasa macam tak complete jer (kak has.. sabor yer.. saya janji nak UP minggu ni kan..Insya Allah, akan diusahakan) .. ni masih dok tunggu foto dari Ummie Cake House… 

>Wishlist untuk jahitan

Ogos 17, 2010 at 8:43 am | Dikirim dalam jahitan ibu, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam hari selasa & salam bahagia buat semua,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Bulan yang lepas, ibu telah menjahit :

baru-baru ni ibu telah menjahit seluar untuk Anis.. tapi seluar ni macam tak cukup ukuran.. almaklumlah si Anis kan memang ‘sedap’ badannya… nanti untuk next jahitan ibu akan besarkan sikit.

ni planning untuk next jahitan, ala2 wishlist gitu .

  • gaun kembang peasant untuk anis & aliya 
  • blaus simple untuk ibu – yang ni guna kain ehsan orang bagi, actually few baju kurung yang saiznya terlalu besar, daripada tak guna kain tu.. elok juga ibu buat blaus untuk ibu kan.. lagipun ibu asyik pakai baju yang lama jer…..
  • alas periuk pelbagai guna – yang boleh juga guna untuk alas lesung batu & jadi pemegang periuk panas. (yang ni guna kain terpakai + kain perca – pun ehsan dari orang..)
  • backpack untuk aliya – sian kat Aliya kan.. abang & kakak ade beg sekolah.. tapi Aliya selalu jer kena pinjam kakak @ abang punya… la ni depa ber2 dah tak kasi pinjam.. untuk ini ibu masih mencari fabrik yang sesuai.
  • backpack simba - projek cross-stitch simba akan di convert ke backpack.. ini pun masih dalam proses mencari fabrik yang sesuai.. so simba masih belum boleh mengaum ya… 
  • baju kurung untuk ibu – yang ni kena request en ayah sponsor kan kain.. agak2 leh la dapat sebelum raya.. kenapa tah, tetiba tahun ni teringin plak nak baju kurung baru..
  • more seluar (panjang + pendek) & top untuk anak-anak… ibu nak utilise kan kain-kain (baju terpakai) yang orang bagi ni.. 
nota :
untuk projek backpack mungkin ibu kena kumpul duit dulu la.. sebab harga heavy cotton or linen fabric agak mahal… 1 yard/ela pun dalam range RM40 – 50++. harus lah cari fabrik yang berkualiti dan of course la mahal sikit.. supaya backpack ni boleh tahan lama.
Projek jahitan yang lain pula pasti akan makan bulan & tahun untuk diselesaikan.. Buat masa ni, ibu banyak habiskan masa menelek blog kraft dan jahitan.. (boleh check kat kakyong’s bloglist – bahagian Jahitan & seni tangan ) suka tengok fabric cantik-cantik.. walaupun belum ade kemampuan nak beli.. tak per.. dalam angan-angan pun okay.. sebab dari angan-angan boleh menjadi kenyataan.. yang penting ada keazaman. 

Tolong doakan yer.. semoga ibu berjaya melunaskan impian-impian ni..

>maaf.. shoutbox bermasalah.. sudah di ‘reposition’ ke sidebar

Ogos 3, 2010 at 1:31 am | Dikirim dalam anak-anak, jahitan ibu, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam bahagia buat semua…

Semalam, selepas jam 3 petang memang ibu tak online.. ibu sambung kerja menjahit.. pukul 6 baru online semula setelah selesai kerja menjahit.

Wonder juga kenapa takde yang komen kat n3 Pemenang Special GA & Contest Tagline kakyong[dot]com.. Rupanya shoutbox yang punya angkara..

Terima kasih yangbaik & syidagorjes sebab maklum kan di shoutbox…

Masa tukor template tu ibu lupa nak semak customization script untuk shoutbox ni.. tu yang gamaknya dia buat hal kot.. sebab ibu buka macam biasa jer.. takde masalah..

Jadi, untuk mudahkan kerja, tak susahkan semua orang & nak cepat.. ibu letak lah semula ke posisi asalnya di sidebar.. lenkali lah kita main nyorok2 lagi… tak sempat masa nak belek2 kod tu dah..
Ibu minta maaf le pada semua atas kesulitan yang tak diduga ni…
 kerja jahitan hari ni.. jahitan #5.. seluor untuk fikri
Kain yang ibu guna ni.. macam tak best jer.. kain ni macam sesuai untuk buat alas meja jer…. hahaha… ibu beli RM7/meter… tak pe lah buat belasahan hari-hari.. pasni ibu harus cari kain yang kualiti lebih baik.. mungkin kalo beli kain yang balance2.. buleh dapat harga lebih murah dengan kualiti yang baik.. Ibu memang kena belajar lebih banyak tentang jenis kain ni.
nampak tak tembok pagar kami dah berCAT hijau lumut..  
Antara aktivit budak ber3 orang semalam.. tengahari berendam.. petang pun berendam juga.. lucut la suor ayah nak membayor bil air.. la ni tak mau main air cetek-cetek.. nak air penuh.. nak berenang, nak tenggelam semua badan… adoooii la anis & fikri…

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

>Jahitan #3 : blaus & skirt untuk Anis

Julai 31, 2010 at 1:07 am | Dikirim dalam Aliya, Anis, jahitan ibu | Tinggalkan komen

>.
Salam hari sabtu..

Semalam memang tak BW… siangnya selesaikan kerja rumah.. tengahari memulakan jahitan blaus untuk Anis.. sama macam Aliya punya cuma ukuran jer lebih besar sedikit.
Anis bergaya dengan blaus baru..
skirt ropol kembang untuk Anis.. 1 tier jer.. sebab tak cukup kain bunga2 tu..
amik masa nak menjahit skirt ni.. part yang ropol-ropol tu yang kena jahit dengan teliti..
Anis dengan blaus & skirt ropol kembang…
hmmm.. ok ker.?!. cam ade yang tak kena jer pada pandangan mata ibu..
bila Aliya yang pakai.. jadi skirt kembang labuh… 
comel plak kalo pakai skirt labuh camni.. huhuu, perasan lak ibunya..
lepas ni boleh la buat skirt labuh pulak untuk anak-anak…
Lepas ni, nak jahit seluor & baju fikri pulak.. dia asyik dok tanya, “bila pulak ibu nak jahit baju abang” 
2 hari menjahit.. 2 hari juga le ku ponteng BW… sorry yer blog… ai cuba BW hujung minggu ni… 

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

>Jahitan #1 dan #2 : peasant blouse & ruffle skirt for Aliya

Julai 30, 2010 at 1:16 am | Dikirim dalam Aliya, jahitan ibu | Tinggalkan komen

>.
Salam bahagia & salam ceria,

Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com … meh la join.

Ibu kan memang dah lama nak menjahit.. tapi ada sahaja peralatan yang tak cukup. Jadi kali ni dengan apa sahaja peralatan yang ada, ibu meneruskan misi jahitan. 
Disclaimer : jahitan ibu hanya untuk anak-anak ibu jer dulu.. tak konfiden lagi nak amik tempahan.. lagipun dah hampir 15 tahun ibu tak menjahit.. so perlu ambil masa untuk mengasah semula kemahiran ini.

Tutorial membuat & menjahit peasant blouse ni ibu refer dari Home made by Maya

Bangun pagi-pagi semalam, terus ukur dan potong kain dulu.. sebelum ni memang dah banyak kali dok belek dan ‘digest’ tutorial tu.. tapi ketaq juga tangan nak potong kain. Almaklum lah kain ni beli 1 meter jer.. kang salah ukur dan potong susah plak. Btw, dari tutorial tu memang senang nak faham.. Part paling challenging sekali adalah part nak sambungkan badan dan lengan baju… terkial ibu nak menjahitnya… 

ini hasilnya setelah dicantum semua.. 

Ibu tak hantar jahit tepi pun.. rumah makbonda ada mesin jahit tepi.. tapi nanti lambat pula.. sebabnya kain untuk seluor fikri masih lagi belum siap dijahit tepi.. . jadi untuk blaus ni ibu buat jahit tindan. terkial-kial juga menjahit, sebab tak leh nak pakai spek.. kalo pakai spek jadi kabur.. spek ku kan untuk rabun jauh.. untuk menjahit ni kena pakai spek kanta cembung kot… hehehe..

sudah siap.. with my own label.. label ni ibu order dari sakinah

cantik kan blaus baru Aliya…. hehehhe… si kecik ni tak sabar-sabar nak pakai baju ni.. tak senang ibu nak habiskan jahitan.. Kain kapas yang ibu beli ni kain murah.. baru je Aliya pakai, guling-guling sket, dah kedut seribu.. huhhuuuu..
Lepas tu belah petang, ibu mulakan projek untuk buat skirt ropol pulak, untuk dipadankan dengan blaus ni.

Jam 4 petang baru nak ukur kain & potong kain.. tutorial untuk buat ni pun ibu dapat dari Home made by Maya. Sungguh mencabar bila menjahit dengan anak2 di depan mata.. kejap2 Aliya datang usik2 mesin jahit.. pastu Anis pulak, usik kain, usik gunting… mujur le en ayah agak supporting.. tolong mandikan anak-anak.. Selepas maghrib baru lah siap menjahit nya.. siaran tergendala beberapa kali… rumit nak menjahit skirt bertingkat ni.. tapi teringin nak tengok anak-anak pakai…

ni pandangan dari depan… perlu banyak improvement lagi skirt ni.. 

pandangan dari belakang… sila abaikan meja yang bersepah serta bawah meja yang tak sempat nak dikemaskan tu..

Esok (hari ni la 30 Julai) nak menjahit blaus dan skirt untuk Anis pulak, kain dah potong, cuma tunggu turn nak jahit jer.. 

Anis pun dah bising, ‘mana baju kakak?!!”  “kakak nak pegi jalan pakai baju baru..”

Sabar le nak ooii.. ibu ni pun terkial-kial menjahit ni.

p/s
esok lusa macam wajib jer nak ajak en ayah kuor ..
nak cari kain lagi.. dapat 3,4 kombinasi yang cantik2 pun dah puas hati…
habis jahit baju & skirt Anis. sambung plak jahit suor & baju fikri..

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.


Create a free website or blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries dan komen feeds.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.