>Biskut Arab @ bebola kristal

September 6, 2010 at 3:31 pm | Dikirim dalam food and beverage, resepi | Tinggalkan komen

>Salam ceria semua

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Sekarang ni di mana-mana blog pun ceria dengan mood raya… ade yang pasang lagu raya… adeii, tersentak teman tatkala buka blog yang ON lagu secara otomatik ni… huhuu.. jadi untuk BW beberapa hari ni, ibu terpaksa OFF kan sound/volume.
Assistant tak nak tunjuk muka.. maka tunjuk tangan jer lah..

So, atas permintaan kawan2 blog, ibu kongsikan di sini resepi biskut Arab ni.. juga dipanggil bebola kristal. Fikri & Anis panggil ‘kuih bola’.

Bahan-bahan :
1 cawan minyak sapi.. ibu guna Gheeblend
3/4 cawan gula kastor
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
secubit garam
1/4 cawan gula kastor untuk digolek2

cara membuat :

1. guna mixer putar minyak sapi dengan gula kastor, sampai warna bertukar putih..

2. masukkan esen vanila + garam & putar lagi

3. masukkan tepung sikit demi sedikit, lepas dah masukkan hampir 3 cawan, tak perlu guna mixer dah.. uli ajer adunan sampai habis 4 cawan tepung, hingga tepung tak melekat di tangan
4. option : jika suka, boleh bahagikan kepada 2,3 adunan dan warnakan . warna pun ikut sukalah. ibu tak buat ni.. leceh..

5. panaskan oven 175C

6. bulat-bulat kan je macam guli batu tu, jangan besor2 sangat sebab kuih ni akan kembang sket…   susun dalam loyang/bekas, bakar selama 12-14 minit

7. Tunggu sejuk sikit baru digolek2 dengan gula kastor (boleh juga guna gula biasa yang dikisar.. tapi tak menyerlah seri kristal..) dan dimasukkan dalam kertas cupcake mini.. ni supaya lebih terjamin kualiti (biskut ni tak mudah hancur, tapi ia tetap faragile .. selain ia cair dimulut).. tak wajib masuk dlm kertas cupcake.. tapi biskut akan nampak presentable & senang nak susun dalam balang/bekas..

foto blur sket…

sekali buat, boleh jer buat 2 adunan.. double kan ajer sukatan. Jika guna minyak sapi tin kecil, guna aje tin sebagai penyukat, formulanya tetap sama.. cuma sukatan cawan bertukar guna sukatan tin.

Ada orang suka letak tepung suji.. jadi jika nak tambah tepung suji.. guna dalam 1/2 cawan, & kurangkan sukatan tepung 1/2 cawan.. 

nota :

yang kami buat ni.. habis 1 kg tepung.. sebab guna 2 cawan minyak sapi.. dapat banyak mana???.. huhuu, tak kiralah pulak.. tp 1 bekas yang dalam foto ni rumah makbonda yang punya.
penggemar biskut Arab.. sila makan berpada-pada ya… minyak sapi ni banyak lemak degil.. x baik untuk kesihatan.. 

About these ads

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries dan komen feeds.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: